Monday, December 27, 2010

~dunia kini~



Aku terasa cukup indah bila menatap sirah para Nabi. Ketika itu, aku merasakan terlalu hina diriku ini. Para sahabat mampu berjuang dengan hebat menegakkan syiar Islam. Ketika itu, jika dibandingkan dengan zaman sekarang, tidaklah semaju seperti zaman sekarang. Tidaklah semerdeka seperti negera kita sekarang ini. Namun, semangat juang mereka sentiasa berkobar - kobar tanpa gentar dengan musuh2 Islam. Nak dibandingkan dengan zaman aku ini, hidup di zaman moden yang serba canggih. Namun Islam hilang nilainya.

Daripada Tsauban r.a berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa - bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang - orang yang  hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

Thursday, December 23, 2010

Kisah CINTA Yang Paling AGUNG...~~


Assalamualaikum semua. Entri kali ini ku bawakan sebuah kisah cinta. Kisah cinta ini bagiku paling agung buat kita semua... Tiada siapapun yg boleh menggantikan watak dalam kisah yg ku bawakan ini.

Kisahnya bermula begini. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar - benar cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung - burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu... Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah.

"Wahai umatku... Kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian. AlQuran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang - orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama - sama aku."

Tuesday, November 16, 2010

Politik vs Kemanusiaan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

BANJIR DAH KERING, RAKYAT BASAH DI KENCING UMNO

 بسم الله الرحمن الرحيم

ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah


Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

Monday, November 15, 2010

~aS sYAHid AL Imam Hassan Al Banna~

"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

kata2 ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd ny

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,

turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

antara yang lainnya kata2 beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,

tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk.
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya."

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

bahan yang boleh di rujuk:
Judul Buku : How to be like Hasan Al Banna
Penerbit : DAR! Mizan
Penulis : Herry Nurdi
Waktu Terbit : Cetakan I, September 2006/Sya’ban 1427 H

moga2 kita benar2 mengambil peduli apa yg cuba d sampaikan oleh beliau,,insyaallah
jdlah pengemis cinta ILAHI,,perindu SYAHID ABADI,,salam perjuangan..

~Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh~






Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?



Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?


Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?


Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.


 Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?


 Mereka perlukan manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.



Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.



Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

Sunday, November 7, 2010

TENTERA MALAYSIA DI AFGHANISTAN- Kenapa Ramai Yang Tak Tahu





Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu?
Oleh: Ali Abu

Heran den, ramai orang kita tak perasan bahawa Malaysia dah letak Askar Melayu kat Afghanistan tolong Amerika dan tentera bersekutu yang lain bunuh orang Islam.


1] Bulan Julai 2010, Malaysia bersetuju hantar tentera membantu tentera berikat bunuh orang awam Afganistan dan Taleban atas arahan Amerika Laknatullah. Memang la dalam news PM Najib kata kita hanya menghantar pegawai perubatan (Army medical team) tapi hakikat sebaliknya kita tak tahu. PM Najib dah banyak tipu den bai. Korang den tak tahu.


2] Yang paling den herankan, Yb-yb samado dari kerajaan dan pembangkang tak bising pun tentang isu ini. Apo dah jadi? Sobab banyak makan lomang kot.


3] Banyak persoalan bermain difikiran den. Mengapa Amerika nak sangat hapuskan Taleban/Mujahidin? Korang mungkin jawab sobab nak bunuh Osama kerana Osama bertanggungjawab dalam peristiwa 9/11. Hehehe kono tipu la korang dengan CNN. Orang Amerika sendiri percayo ia adolah perbuatan orang dalam.


4] Antara alasan lain, Kapitalis Amerika dan Britan mahu menguasai laluan minyak di utara Afghanistan. Betul, tapi alasan utama mereka menyerang negara itu ialah diorng percaya tentara Taleban/Mujahidin adalah tentera Imam Mahdi. Ha Ha Ha den dongar korang ketawo. Tapi Dajjal Al-Masih tengah serius nak hapuskan Taleban melalui Amerika dan Zionis. Den bukan cakap bohong ni bai.


5] Situasi peperangan di Afghanistan sengaja digolapkan oleh CNN dan BBC. Tentera bersekutu atau Tentera Ahzab sedang mengalami kekalahan. Macam mano Obama boleh luluskan puluhan ribu askar baru-baru ini? Takkan suko-suko kot.


6] Member den ado bagitahu den dalam bulan poso yg lopeh bahawa Taleban dah kuasai banyak kawasan di Afghanistan. Dio cakap peperangan hebat berlaku antara Tentera Ahzab dan Taleban sedang hangat berlaku dan ribuan tentera Amerika mati. Den tak bertanyo mano dio dapek news tu. Den pulak tak mencari dalam internet sobab time tu kempen bersamo-samo kenkawan yg lain nak bebaskan Abg Sudin dari Kem Kamunting.


7] Den nak tanyo, adokah public bersetuju dengan misi tentera Malaysia di Afghanistan? Kos diorng ditanggung oleh duit cukai rakyat Malaysia. Membazir bai. Den harap Yb-yb Pakatan Rakyat tolong tanyokan pada PM Najib pada sesi terakhir Sidang Parlimen Dewan Rakyat yang bermulo pado 11 Okt hingga 15 Dis 2010. Yb-yb tolong balun Najib atas isu ini. Tolong tanyo kek Najib, Kenapa Malaysia wajib menjadi Anjing Amerika?


8] Tahun 2001-2003, Taleban digulingkan oleh Tentera Ahzab/Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Amerika, Britain, India, Iran, Rusia, Pakatan Utara, Australia dlll. Bilo Taleban bangkit, Obama ajak banyak negara lain join sekali lawan Taleban. Malaysia dengan senyuman rela hati bersamo Obama membunuh saudara muslim mereka di Afghanistan. Ulama’ Mudo UMNO pun tersenyum samo.


9] Untuk info, Tentera Amerika dan Tentera Ahzab banyak bunuh orang awam dari tentera Taleban. Diorg cakap Taleban sengajo menggunokan org awan sebagai perisai. CNN bohong bai.


10] Mungkin la Tentera Malaysia tak terlibat dekat war zone sobab news ckp Malaysia just hantar Army Medical Team. Cubo korang bayangkan, maso bulan poso aritu selepas Tentera Ahzab ni berperang dgn Taleban dalam satu operasi, 8 org Tentera Amerika cedera parah tapi taknak mampos. Doktor Tentera Malaysia dengan senyuman merawat mereka. Walhal diorg baru balik membunuh orang awan dan Taleban, saudara muslim kita. Den ulang balik, SAUDARA MUSLIM KITA!


11] Den bukan ostad, tapi den percaya isu ini membabitkan akidah kita sbg umat Islam. Negara kita adalah negara muslim tetapi membantu tentera kuffar/tentera ahzab memerangi muslim yg lain di Afghanistan. Agak-agak di mano akidah kito selopeh ni bai?


________________________________________
___________________________________

Malaysia makes first deployment to Afghanistan


(AFP) – Jul 14, 2010


KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.


The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.


The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.


Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty.


"They will provide medical and dental services to the locals," she said.


New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.


In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.


Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.


Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.


http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5h_1OpN5OVsVna11AcasrXkj9GVxg


News yg berkaitan :


1]
http://www.onepakistan.com/news/world/53251-Malaysia-makes-first-deployment-Afghanistan.html

2]
http://www.thejakartapost.com/news/2010/07/15/malaysia-makes-1st-military-afghanistan-deployment.html

3]
http://www.paktribune.com/news/index.shtml?229639

4]
http://pakobserver.net/201007/16/detailnews.asp?id=41753

5]
http://news.smh.com.au/breaking-news-world/malaysia-makes-first-afghan-deployment-20100715-10c58.html

6]
http://wfol.tv/stop-nato/4674-first-malaysian-troops-to-afghanistan.html

7]
http://www.bt.com.bn/news-asia/2010/07/16/malaysia-makes-first-military-deployment-afghanistan

Malaysia Is Now NEW LEGITIMATE Target of International Jihadist

NEGARA KITA SUDAH MENJADI SASARAN JIHAD ANTARABANGSA




Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa

Nampaknya banyak forum-forum maya antarabangsa sensitif dengan kehadiran Malaysian Army Medical Team di Afghanistan.

1] Printscreen di atas diambil dari salah satu forum maya para jihadist antarabangsa. Timo kasih kepado kawan yang menyampaikan info mengenai forum maya ini.

2] Dalam forum maya tu, agak-agak apo yg diorg bincangkan? Den ingat cukup la korang baco komen pertamo dalam thread tu. Karang ado yg muntah darah kalau baco keseluruhan thread tu.

3] Komen-komen dalam thread tu dipercayai majoritinya orang Arab sobab yg bagitahu member den ni pun orang Arab gak. Orang Arab yg cakap omputih kot.

4] Apo pun korang cubo tengok ayat yg telah den GARISBIRUKAN tu. Malaysia telah menjadi target baru para jihadist antarabangsa!

5] Den adolah orang yg pro keamanan dan anti kpd keganasan tapi ado muslim di luar Malaysia menggunokan metod keganasan bagi mencapai cita-cita murni mereka. Metod ini ditentang oleh ramai Ulama’ terkemuka dunia termasuk Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

6] Para Jihadist ini tak tahu bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak tahu menahu tentang Army Medical Team yg berado di Afghanistan. Mano kluar dalam paper Utusan dengan TV3 bai. Bilo dalam forum tu cakap Malaysia is a new legitimate target, diorg maksudkan RAKYAT MALAYSIA! Bagi diorg darah kito halal untuk ditumpahkan. Kepalo ayah kau.

7] Sekarang kito patut fikirkan yang terburuk. Kono berfikir dgn serius. Kito taknak diorg datang sini letak bom sana-sini untuk membalas dendam atas kematian rakyat Afghanistan. Kot iye pun apsal rakyat Malaysia yg jadi target. Bukan rakyat Malaysia yg bagi greenlight untuk tentera perubatan kito poie Afghanistan. Bingai boto la diorg ni.

8] Pertamo, den mintak Menteri KDN DS Hishammuddin Tun Hussein amik langkah berjaga-jaga paling maksimum utk memperketatkan langkah keselamatan dalam negara kito.

9] Keduo, PM Najib WAJIB tarik balik tentera kita yg sedang bertugas di Afghanistan dengan SEGERA.

10] Ketigo, para Yb tak kiro PAS, PKR atau UMNO desak PM Najib keluarkan tentera kita dari Afghanistan dengan SEGERA. Bagi kita sebagai individu, bagitahu rakan-rakan anda tentang hal ni supaya diorg dapat ambil tindakan dengan mendesak pihak-pihak berkenaan supaya menarik tentera kita keluar dari Afghanistan.

11] Den nak tanyo korang sekali lagi, Apakejadahnya hantar tentera kita ke Afghanistan untuk membantu tentera Ahzab yg sedang giat membunuh muslim, saudara kita di sana?

Saturday, November 6, 2010

~NiKmaT dr Allah~~

Bersyukur ke hadrat IllaHI kerana aku masih diberi kesempatan untuk menulis blog lagi..Alhamdulillah..Hari ni barula aku dpt kesemptn dr Allah, nikmat kelapangan masa untuk menulis sesuatu di blogku ini.syukur3x!! Final exam semester 1 sudah pun lama berakhir. dlm sebulan jugakla da abis...So, paham2 la kan..Result konfem da dpt..Haih, inginku lahirkan rasa kekecewaan di sini kerana x mampu mendapat sepertimana yang ditargetkan...Sob!Sob!...Apapun hidup ni mest sentiasa bersyukur kan... Alhamdulillah aku mendapat GPA 3.52 sahaja...walaupun x mencapai target 3.75, aku perlu bersyukur.. Setiap yg jadi ini ada hikmahnya... 
Perkara yang baik bg kita itu mungkin tidak elok bagi kita dan perkara yang tidak kita sukai itu mungkin baik bg kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.   
Kalo aku dpt pointer yg tinggi, maybe sem2 ni aku akan lupa diri. So, Allah dah tentukan ni supaya aku akan lebih berusaha supaya tidak leka.
Jadi aku mest bersyukur. Ingatlah wahai rakan2ku, disebalik setiap kejadian ini ada hikmahnya.
Janganlah juga kita melupakan Allah apabila diberi nikmat dan rahmat dr Allah kerana semua ini hanyalah sementara sahaja dan menjadi ujian dan dugaaan kepada umat manusia sebagai hambanya...
Teruskanlah perjuangan kita kerana ALLAH SWT

Saturday, September 18, 2010

~final exam, here I coME~~

salam syawal...hurmm seperti yang aku jangkakan semakin dekat peperiksaan semakin bertambah tekanan. haha...Alhamdulillah aku diberi kesempatan juga untuk amik exam...
Semoga usaha aku selama beberapa bulan di KMKN untuk foundation ini akan memberi seribu satu makna kepadaku bagi Semester 1 ni...
Aku takkan sia2kan peluang kedua ini. Aku akan cuba bawa balik kejayaan yang cemerlang untuk mama dan ayah...InsyaAllah
Mungkin SPM aku bukanlah satu keputusan yang boleh dibanggakan sangat...Tapi aku berjanji untuk menebus kembali kejayaan yang diimpikan...
x banyak sangat yg nak ditulis...lastly pray for my success in this sem1 final exam...
arigato gozaimashita to all lecturers KMKN...
my friends doakan kejayaan aku...ladysyafiah jgn jeles my final 1 week je..haha

 

Saturday, September 11, 2010

Ramadan vs Syawal

ku mulakan dengan Bismillah....haih..nampaknya RAMADAN dah 2 hari tinggalkn kita. apapun sbenarnya hatimu masih di ramadan. entahla, aku sejujurnya mmg x da semangat nak raya langsung. aku pun x taw knp. aku rasa Ramadan la bulan yang terbaik bagi aku. Sebabnya kekerapan aku ada atas tikar sembahyang lg banyak. Apapun aku mesti istiqamah untuk teruskan beribadat mcm bulan Ramadan...

 Before esok raya, petang itu, aku p la kedai gunting rambut mutthu yg terbaik ni. Tgk2 ramai plak. so aku pun lepak2 la dlu. Pastu tengok ada magazine mcm best je. Selak punya selak last2 jumpa satu ruangan artikel ni. Pasal Ramadhan. Baca punya baca, pada zaman sahabat dlu, Rasulullah pernah menceritakn pada para sahabat, Allah pernah memberitahu dia tarikh Lailatul Qadar ketika itu. Tapi, dia terlupa. Namun apa yg didatangkannya dlm mimpi oleh Allah kepada baginda adalah pada malam itu baginda beribadat dan apabila baginda sujud dan bangun sahaja dari sujud dahinya, hidungnya dilekati dgn pasir yang basah dan lembap..

Jadi salah satu tanda lain malam itu malam lailatul qadar, malam itu adalah malam yang turunnya hujan, sebabnya zaman Rasulullah dahulu, mereka bersembahyang di masjid nabi yg beralaskn daun pokok tamar. Apabila air hujan mengalir, ia akn mengalirkan pasir bersama. Jadi ketika mereka sujud, akan terlekatlah pasir2 tersebut di dahi dan hidung. 
So, untuk Ramadhan yang baru sahaja tinggalkan kita, aku harap kita semua telah dipilih sebagai individu yang diberi kekuatan untuk bangun malam dan mengabdikan diri kepadaNya dan dianugerahkan Lailatul Qadar..InsyaAllah

ps:// mengenai dalil tanda malam lailatul qadar turunnya hujan tu, anda suma bley rujuk dekat hadis sahih bukhari dan muslim, cari je. mst ada, x tipuu...

Friday, September 3, 2010

~Secekal Al -Fatih & SeGAgah Sultan Muhammad Al - Fateh~

Bayu Bosphorus1 bertiup manja. Kadang-kadang nakal menampar-nampar lembut wajah Fateh. Bau masin laut menerawang di ruang udara. Berebut-rebut menerobos indera hidunya. Indera lihatnya tidak puas-puas merakam keindahan pagi di tebing Bosphorus walaupun acapkali dia ke mari. Bogaziçi, begitulah gelaran untuk selat ini dalam bahasa Turki. Dari jauh sayup-sayup kelihatan pelabuhan Golden Horn. Di pelabuhan itulah suatu ketika dulu 70 buah kapal milik pasukan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh mendarat. Gempar Maharaja Konstantine ketika itu. Apa tidaknya, kapal-kapal itu dipindahkan menggunakan jalan darat. Kapal-kapal itu diluncurkan melalui Semenanjung Fera sejauh tiga batu sebelum sampai ke Pelabuhan Golden Horn. Sungguh, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukan di ombak lautan. Dalam-dalam Fateh manarik nafas. Matanya kejap dipejam. Seolah-olah mencari semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang masih tersisa di selat itu.


“Setiap kita harus menjadi secekal Al-Fateh dan segagah Al-Ayyubi andai kita mahu menawan kembali Baitul Maqdis. Palestin hari ini ialah Konstantinopel2. Setiap umat Islam seharusnya bercita-cita untuk menjadi Al-Fateh dan paling tidak pun menjadi seperti tentera-tenteranya. Bukankah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera?”

Kata-kata Safiyya bersipongang3 di segenap jihat4 fikiran Fateh. Atma5nya dijentik sebak.

“Bagaimana tanganmu, Safiyya? Masih sakit lagi?” sapa Fateh. Dalam kesibukan merawat pesakit-pesakit di musytasyfa6, Fateh sempat lagi mencuri ruang menjenguk Safiyya. Keadaan dalam hospital semakin sesak. Setiap inci tempat ada sahaja batang tubuh yang terbaring memerlukan bantuan perubatan. Entah sampai bila bangunan Musytasyfa al-Syifa ini boleh terus berdiri untuk menampung jumlah pesakit yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut.


Safiyya sekadar menguntum senyum pada pemuda berkumis nipis berjanggut pandak7 itu. Fateh memeriksa keadaan tangan Safiyya.


“Andai aku hilang tangan kanan, aku masih punya tangan kiri untuk terus berjuang,” mata Safiyya bersinar galak. Tiada tergambar garis-garis kecewa pada air mukanya. Fateh terkesima. Teringat dia kisah Jaafar bin Abi Thalib dalam ghazwah8 Mu’tah. Walaupun kedua-dua tangannya dicantas musuh, panji yang diamanahkan oleh Rasululah tidak dibenarkan mencium tanah. Dipeluk panji dengan kedua-dua lengannya. Rasa kagum pada sahabat nabi yang bergelar At-Tayyar9 itu kini turut singgah pada Safiyya.

Abi ada datang menziarahiku?” suara gadis itu sedikit kendur. Safiyya dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dia dihantar ke hospital tempoh hari.
“Err...” Fateh gugup. Dia hilang bicara. Sebetulnya Basil Mustapha tidak pernah kembali sejak dia menghantar anak gadisnya.
“Apa kamu bimbang aku tidak tega mendengar berita kesyahidannya?” Safiyya menduga. Khali10.
“Bahkan itu jawapan yang paling aku nanti,” sejenak pandangan mereka bersatu.
“Aku tidak punya jawapan untuk soalanmu itu. Yang pasti, abimu tidak pernah kembali sejak dia menghantar kamu ke sini,” Fateh gagahi diri untuk berterus-terang. Lebih dua puluh hari Safiyya menanggung derita akibat peluru yang terbenam di bahu kanannya. Andai Basil Mustapha, ayahnya lewat sehari menghantarnya di Musytasyfa Al-Syifa itu, Safiyya bakal kehilangan anugerah Allah itu. Otot tangannya terurai. Tisu dagingnya mati dan saraf tangan Safiyya hancur lumat. Semuanya gara-gara bedilan rejim zionis yang menggila di Gaza. Fateh tambah bengang apabila mengetahui Safiyya pernah cuba dihantar menjalani pembedahan di hospital Kaherah, Mesir melalui pintu sempadan Rafah beberapa hari selepas terkena tembakan. Namun gara-gara sekatan di sempadan, Safiyya gagal dibawa keluar dan tersadai tidak terbela di pintu sempadan Rafah sebelum Basil Mustapha membawa Safiyya kembali ke Gaza.
“Aku sedang membantu ummi di kedai runcit kami ketika tiba-tiba kami dihujani tembakan peluru si zionis. Ummi terkorban. Begitu juga adikku Soufiyyan,” Safiyya membetulkan jilbabnya yang hampir melorot ke belakang. Beberapa helai rambut yang terjurai di dahi segera disusup ke dalam jilbab hitamnya. Cekatan11 Fateh membuka balutan di tangan Safiyya. Bekas luka dicuci penuh berhati-hati. Lurah-lurah kecil terbentuk di dahi Safiyya. Dia menyeringai kesakitan.
Jabeliya, tempat tumpah darah Safiyya ialah kawasan terawal yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel. Kawasan yang suatu masa dahulu meriah dengan rimbunan pokok zaitun, deretan rumah dan beberapa bangunan kilang kini menjadi padang jarak padang terkukur. Tiada yang tersisa melainkan serpihan-serpihan batu bata yang berselerakan di sana sini.

“Aku bersimpati terhadapmu, Safiyya. Begitu juga dengan mereka yang senasib denganmu,” Fateh meluahkan rasa simpati. Wajah Safiyya diseluruhi. Senyumannya yang kini membuat Fateh tidak lena tidur malam. Lirik matanya benar-benar buat Fateh tidak keruan. Fateh dapat merasakan denyutan jantungnya menyalahi tempo12 setiap kali berhadapan dengan gadis dari Desa Jabeliya itu. Kadang –kala lidahnya jadi kelu ibarat mulutnya penuh disumbat batu. Keteguhannya memelihara syariat Ilahi membuatkan Fateh tambah jatuh hati. Biarpun sakit dan berada dalam kesulitan suasana perang, jilbab masih lekat di kepala. Saat itu dia terkenang Welma, kekasihnya. Welma tidak kalah jika hendak dibandingkan dengan Safiyya. Cuma bezanya, Welma lebih selesa membiarkan rambutnya yang ikal ditayang di khalayak. Welma lebih senang mengenakan skirt pendek dan menampakkan kulit kaki yang halus dan gebu. Mungkin kesalahan tidak boleh seratus peratus diletakkan atas pundak13 Welma. Pemakaian jilbab sememang diharamkan di negaranya. Welma juga sepertinya, jauh dari biah14 Islamiah dek dasar-dasar negara yang tidak memihak kepada syariat samawi15.

“Aku juga bersimpati terhadapmu, Fateh,” Fateh sedikit tersentak. Wajah Welma hilang dari pandangan.
“Kamu bersimpati terhadapku?” Fateh kebingung-bingungan.
“Hakikatnya Fateh, kita sama-sama diserang. Bezanya, kami di Palestin diserang secara fizikal sedang umat Islam di luar sana diasak secara halus,” Safiyya mengurut-urut lembut tangannya yang telah selesai berganti balutan. Fateh mengangguk-angguk kecil.

“Contoh paling mudah, budaya hedonisme.. Umumnya, ideologi hedonistik ini memfokuskan kepada perkara yang boleh meningkatkan keseronokan dan mengurangkan perkara-perkara yang menjuruskan seseorang kepada kesedihan (increasing pleasure and reduce pain). Tanpa umat Islam sedari, mereka telah disuntik dengan doktrin16 ini. Al-hasil, lahirlah golongan umat yang tidak berpijak di bumi realiti. Mereka meletakkan simbol keseronokan serta kemewahan sebagai satu prioriti dalam hidup. Hidup bersandarkan angan-angan. Maka benarlah sabda Baginda SAW junjungan kita, kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya cita-cita untuk syahid dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan,” Safiyya menghela nafas. Fateh membisu. Hanya otaknya ligat mencerna bicara Safiyya. 



 

“Cuba kau teliti semula sejarah empayar Islam. Fateh, kau akan dapati bahawa jatuhnya empayar Islam sama ada kerajaan Abasiyyah ataupun Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pemimpin dan rakyat ketika itu menganuti aliran ini. Hidup berpaksikan keseronokan dan kemewahan. Enak tenggelam dibuai hiburan melampau. Maka, suburlah penyakit dalam hati yang disebut Nabi sebagai wahan. Cintakan dunia dan takutkan mati. Percaya atau tidak, ideologi inilah yang mengunci bicara, memaku gerak tindak para pemimpin Islam hari ini. Menikus di hadapan Israel kerana bimbang untuki maju ke hadapan membantah. Khuatir segala keselesaan yang dikecap akan lenyap,” suara Safiyya sedikit keras. Renungannya tersimpan amarah yang tidak terungkap. Fateh terus selesa mengambil sikap mendengar. Fateh hampir lupa, Safiyya mahasiswa tahun akhir dalam bidang sosiologi dan sejarah di Universiti Islam Gaza. Sebelum sempat menamatkan pengajian, bangunan kuliah ranap tersungkur di dada bumi.

“Jihadmu bukan di sini, Fateh,” lemah kedengaran di hujung suara gadis dari desa Jebaliya itu. Otot dahi Fateh tegang. Mulutnya yang sedikit ternganga cepat-cepat digetap.

“Apa salahkah aku ingin menjadi Salahuddin Al-Ayubbi?” Fateh akhirnya menzahirkan rasa tidak puas hati yang bergulat dalam diri. Safiyya tersengih. Fateh rasa seolah-olah cita-citanya diperkecil-kecilkan. Seolah-olah dia tidak layak untuk menyimpan impian setinggi itu.

“Aku lebih suka engkau menjadi Al-Fateh. Sesuai dengan namamu Fateh,” ujar Safiyya dalam nada berseloroh.

“Sultan Muhammad Al-Fateh?” Fateh ingin kepastian.

“Aku hargai pengorbananmu datang menjejakkan kaki di bumi Palestin ini untuk membantu kami. Ya, sememangnya di sini kami memerlukan bantuan pakar perubatan sepertimu. Namun, antara sedar atau tidak, umat Islam di luar sana jauh lebih sakit dari kami yang sedang terlantar di hospital ini. Mereka lebih perlukan rawatan dan perhatian, Fateh” Safiyya kembali serius.

“Kota Konstantinopel hanya berjaya dibuka setelah 800 tahun dikhabarkan Rasulullah SAW. Sultan Muhammad berjaya membuktikan kebenaran sabda baginda dengan usaha yang tidak sedikit. Sejak kecil baginda telah disuguh17kan bahawa bagindalah yang akan membuka Konstantinopel. Malah kelahiran Salahuddin sendiri telah dirancang seawal zaman Imam Al-Ghazali. Inilah jihadmu, Fateh. Di bahumu tergalas satu tanggungjawab untuk merancang dan melahirkan generasi sehebat Al-Ayyubi dan secekal Al-Fateh. Hanya generasi berjiwa besar seperti mereka sahaja yang dapat membumikan cita-cita seluruh umat Islam yakni melihat masa depan menjadi milik Islam,” berdiri bulu roma Fateh mendengar hujah Safiyya. Lafaz takbir perlahan-lahan mercup18 di tubir bibirnya.

“Aku akan pulang ke Turki dalam tempoh masa terdekat ini,” Fateh menelan air liur. Fateh nekad pagi itu dia akan berterus terang tentang isi hatinya.

“Safiyya, sudikah engkau mengikut aku?” kerongkongnya perit. Awalnya, Safiyya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lambat-lambat Safiyya mengangkat muka, memandang tepat wajah Fateh.
“Maafkan aku, Fateh, aku harus terus tinggal di sini. Di sini jihad aku bermula dan bertapak. Pulanglah engkau ke tanah airmu. Aku ada perjuangan aku dan engkau ada perjuangan engkau. Biarpun perjuangan berbeza tetapi matlamat kita sama. Setiap kita harus menjadi secekal Al-Fateh dan segagah Al-Ayyubi andai kita mahu menawan kembali Baitul Maqdis. Anggaplah Palestin hari ini ibarat Konstantinopel. Setiap umat Islam seharusnya bercita-cita untuk menjadi Al-Fateh dan paling tidak pun menjadi seperti tentera-tenteranya. Bukankah Sultan Muhammad Al-Fateh itu sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera?” Safiyya tega dengan keputusannya. Fateh tahu dia tiada upaya mengubah fikiran Safiyya. Dari awal lagi dia boleh mengagak apa jawapan yang bakal diterima. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berteka-teki dan menyimpul andaian sendiri.

“Aku hormati keputusanmu,” awan pilu berarak menyelubungi wajah Fateh. Fateh berlalu sambil membujuk19 kalbu. Fateh tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka. Safiyya menghilangkan diri sejak itu. Tiada siapa nampak kelibatnya lagi di musytasyfa. Fateh dirundung rasa bersalah. Namun, Fateh yakin Safiyya pergi bukan kerana jauh hati dengannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abi! Abi!” Fateh menoleh. Seorang kanak-kanak lelaki menerpa ke arah Fateh yang sedia mendepangkan tangan. Welma ayu dalam jilbab hijau pucuk pisang mengekori kanak-kanak itu di belakang. Jubahnya beralun-alun ditiup angin. Tubuh kecil itu dirangkul Fateh. Bertubi-tubi ciuman Fateh singgah di pipinya.

“Siapa yang akan menawan Baitul Maqdis?” Fateh separuh menjerit. Soalan itu seringkali singgah di cuping telinga anaknya.

“Saya, abi!” sambut anak kecil seperti biasa. Tangannya dijulang tinggi-tinggi. Satu ciuman singgah dipipi munggilnya.
“Kamu pasti, anakku?” Welma mengangkat kening sambil merapatkan wajahnya ke wajah anaknya sehingga dahinya mencecah dahi anaknya.

“Saya pasti ummi kerana saya Salahuddin Al-Ayubbi zaman ini!” Salahuddin petah membalas walaupun sedikit pelat. Gelak tawa mereka beranak-pinak.

"Terima kasih, Safiyya. Moga perjuanganmu dan perjuanganku tidak sia-sia," bisik hati Fateh. Tangan Welma dirangkul. Salahuddin mengeliat kecil dalam dukungan Fateh. Beriringan mereka berjalan meninggalkan Selat Bosphorus bersama adunan semangat Al-Fateh dan Al-Ayubbi.

Saturday, May 22, 2010

~iN The eNd~

"mcm ni rupanya seorg lelaki yg digelar BADRI..."
"awk x pnah ingt lngsng yg awk ni BADRI...
hipokrit gila...
"


tanggal 15 may, aku tersentak, tiba2 aku menjadi sayu...
aku menyedari segala kesalahan aku...
selama ini aku hipokrit, dan kini Allah menyedarkn aku
dan betapa sedihnya ketika itu
tetapi, aku kecewa kerana masih ada manusia yg tidak mampu menilai sifat diri ku
yg sudah sekian lama mengenali aku
di antara gurauan n perkara serius
aku x mungkin menghancurkan HIDUP orang lain...
meskipun dikihianati..
kerana Allah masih membuka pintu hatiku
untuk menerima kebenaran
walaupun mempunyai secebis iman...
perkataan ini akan aku KENANG sampai aku mati..
kerana ini lah yang menyedari supaya aku keluar dr kekufuran dengan izinNya.. 

Monday, May 3, 2010

Di SebAliK kEPahItaN,ada kEMANisaNnya..~~

"kAdangkala ALLAH hilangkan mentari, keMudian DIA datangkan guruh, puas kita menangis..mencari ke mana mentari..rupa-rupanya..ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yang indah.."

huhuu...kadang2 bila nk difikirkan, dlm tahun 2010 ni, byk sangat dugaan yg dah aku tempuhi..ahha..
aku fikir la kan, bila Allah tarik beberapa nikmat yang DIA bg ni, rupanya barula aku sedar yang DIA nak bagi satu nikmat yang lebih bernilai. DIA nak aku kembali kepada jalanNya.. Aku pun dah sedar byk sgt dosa yg aku da wat.. Aku da berpaling dari ajaranNya.. apapun aku bersyukur sgt HATIKU dah semakin tenang Alhamdulillah...
Semoga aku dpt menjadi seorang INSAN yang LEBIH BAIK...

Tuesday, April 27, 2010

MenghItUng HarI~~

Alhamdulillah syukur ke atas nikmatnya...
 Agak2 la kan sbb apa aku bersyukur ni...mestila sebab aku dikurniakan 2 NIKMAT  yang tak terhingga nilainya iaitu IMAN & ISLAM...HEE

Aku ni sebenarnya tengah menghitung hari untuk sambung belajar..haih.. lagi 2 minggu saja lagi akan bergelar pelajar IPT..
iMpian aku nak sambung ASASI kEjURUTERAan akhirnya tercapai jugak..Alhamdulillah..
Aku ditawarkn tempat dekat UNIKL..nama jauh tu..KeyL..
tapi kampus dekat je..Kolej MARA kUAla nNERAng..hhaha
dekat jugak aku dengan SaIna..hahha
mcm ada benda ja x mau bg aku jauh dr saina ni..
ahhaha
Apapun aku kena struggle la sbb kebykn yg dipilih ni akan dinilai tahap akademik..
So, My TArget is 3.6++ lah..
Hopefully i Will Get It!!! 
 

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Thursday, April 1, 2010

Surat Ibrahim Ali kepada Pope Benedict MENARIK PERHAtIANkU...

Hye all... entry aku kali ini agak best..aku terbaca lama dah dekat paper..cuma malas nak tulis kat blog..
HAri ni tetiba ja aku rajin..sebab keluar pi cc ngan kawan.. ahaha..
kat bawah ni adalah sedikit petikan surat..
"Yang Mulia Pope Paul Benedict XVI, DENGAN segala rendah diri saya beri salam hormat kepada Yang Mulia sebagai ketua agama Kristian dan gereja seluruh dunia. Saya berharap Yang Mulia berada dalam keadaan sihat dan dirahmati."

satu pendahuluan yang baik..bermakna kita respect agama lain...

"Walaupun agama rasmi Malaysia ialah Islam, Perlembagaan Negara membenarkan rakyat menganut agama-agama lain tanpa gangguan tetapi berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dalam kehidupan seharian dan mengikut Perlembagaan kesemua rakyat yang bergelar rakyat Malaysia menghormati satu sama lain dan agama masing-masing tanpa debat maupun persoalan. Dalam pada itu, kerajaan Malaysia juga menolong dengan memberi peruntukan kewangan untuk mendirikan gereja atau pun kuil walaupun Islam adalah agama rasmi Negara."

Islam always number one!!! YEAH!!
AHAHA

"Jadi soalannya ialah mengapa saya menulis surat ini kepada Yang Mulia. Kelainan agama di kalangan rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia selama ini tidak menjadi apa-apa masalah kerana tiada satu agama atau pengikut pun yang cuba menarik orang lain masuk kepada agama mereka. Kami telah hidup secara aman dan makmur, menghormati hak masing-masing, menganut agama dan kepercayaan masing-masing sejak Merdeka pada tahun 1957. Bagaimanapun, tiga minggu lepas Malaysia menghadapi sedikit 'haru-biru' bila Gereja Katholik memohon kepada kerajaan untuk mengguna perkataan `Allah' menggantikan perkataan yang digunakan sekian lama 'Tuhan’ untuk majalah mingguannya Herald. 
Apa yang saya faham sebagai seorang Islam dan telah tinggal bersama penganut agama Kristian sejak lahir, Gereja Katholik tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah' sehingga tiga minggu lepas. Perkataan 'Allah' digunakan dalam edisi Bahasa Malaysia majalah Herald, bahasa rasmi negara Malaysia. Selama ini, Herald telah menggunakan perkataan 'Tuhan' dalam edisi Bahasa Malaysianya, dan apabila pihak gereja menggunakan perkataan 'Allah’, ia telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan rakyat Melayu yang beragama Islam".

dari petikan atas ni memang kita dah nampak yang saja nk mempermainkan Islam..Contohnya aku wat analogi la
jeng..jeng..
Sorang budak nama Suki.. Xpenah2 masuk tv pon.. Tetiba Suki yang masuk program realiti tv tu menang jadi famous.. Budak Suki ni pon konfem terasa semacam nama Suki ni got a style..ahaha..
Apa yang aku nak relate ni..Mcm isu di atas..Orang len pakai nama ALLAH dlm majalah THE HEREALD..Umat ISLAM akan terasa. DAH LA agama Kristian.. Asalnya Tuhan diorang nama JESUS CHRIST..Tetiba nak amik nama len..Pehal BRO..


"Dalam masa saya menulis surat ini, pada tarikh yang tertulis di atas, dua ketua Kristian di Sabah, sebuah negeri dalam Malaysia yang mempunyai penganut Kristian terbesar, Webley Disim dan Justice of Peace Datuk Clarence Bongkos, telah menyeru agar pihak gereja menarik balik kes mereka dan juga menggugurkan penggunaan perkataan 'Allah'. Kedua-dua mereka ini adalah ketua penganut Kristian yang berpengaruh di Sabah dan juga di Malaysia. Walau apa pun keputusan yang akan di buat oleh mahkamah kelak, saya ingin mengetahui dari Yang Mulia sebagai orang berkuasa yang tertinggi dalam agama Kristian adakah betul bagi pengikut Yang Mulia menggunakan perkataan 'Allah' untuk menggantikan perkataan 'Tuhan’ ?"



kalAu aku pon aku malu..macam orang tanya la ni anak siapa..NAmA ditulis BIN ALI..tapi mengaku anak ABU..
Isk, kalo aku da terjun bangunan dah..haha.MALU2



"Sebagai seorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal agama, bolehkah Yang Mulia menerangkan dan memberitahu saya sejak bilakah Kristian dan gereja mengiktiraf 'Allah’ Tuhan bagi umat Islam, sebagai Tuhan bagi penganut Kristian? Sebagai seorang yang mempunyai iman yang kukuh bahawa Isa sebagai anak Tuhan, sejak bilakah Yang Mulia serta pengikut-pengikut Kristian bersetuju bahawa 'Allah' Tuhan bagi umat Islam, adalah juga Tuhan bagi umat Kristian? Apakah nama Tuhan umat Kristian? Di manakah ia tertulis dalam kitab-kitab Kristian bahawa 'Allah' adalah Tuhan umat Kristian? Sejak bilakah Yang Mulia serta gereja-gereja percaya pada 'Allah' dan memutuskan bahawa 'Allah' adalah perkataan yang sempurna yang patut menggantikan perkataan ‘Tuhan'yang digunakan sejak Nabi Isa? 
Saya percaya 'Allah' tidak pernah tertulis dalam Kitab Injil jika saya tidak silap. Dalam mengerjakan sembahyang, Yang Mulia menyebut nama 'Tuhan' atau `Allah' dan Isa sebagai anak 'Tuhan' atau anak `Allah’? Sejak bila Yang Mulia membenarkan gereja menggunakan perkataan 'Allah' sebagai menggantikan perkataan `Tuhan'? Pengunaan nama 'Allah' menggantikan perkataan 'Tuhan' oleh gereja Katholik di Malaysia telah menimbulkan sedikit `ketegangan' antara pengikut kedua-dua agama Islam dan Kristian. Bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan cepat yang meredakan keadaan dan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa membantu dengan fikiran terbuka mereka. 
Sebagai ketua agama Kristian serta gereja-gereja seluruh dunia, Yang Mulia boleh memainkan peranan dalam meredakan ketegangan ini dengan mengarahkan gereja-gereja Katholik menggunakan semula perkataan `Tuhan' dan bukannya 'Allah'. Dengan cara itu, Yang Mulia boleh membuktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Yang Mulia tidak bersetuju gereja menggunakan perkataan ‘Allah' yang di gunakan oleh rakyat penganut agama Islam. Jika tidak, ia adalah seperti Yang Mulia serta penganut agama Kristian sebenarnya telah mengiktiraf serta percaya bahawa Islam adalah agama sebenar. 
Saya mengakhiri surat ini dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana Yang Mulia telah meluangkan masa yang sibuk dan penting untuk membaca dan memahami keadaan bagi kebaikan kedua-dua agama - Kristian dan Islam. Saya memohon kefahaman Yang Mulia dalam perkara ini dan penglibatan Yang Mulia boleh menjadi jambatan merapatkan perhubungan antara penganutpenganut agama Islam dan Kristian agar mereka boleh hidup bersama dalam keadaan aman dan makmur.

Saya berharap agar Yang Mulia dapat menjawab surat ini secepat mungkin bagi melenyapkan segala keraguan dan ketegangan. Terima kasih kerana perhatian Yang Mulia."

 Sumber : Mingguan Malaysia, 31 Januari 2010

 adoai, isk kalau aku kena pangkah dengan ayat mcm ni, satu ja jawapan dia...
CONVERT LAH!!