Monday, December 27, 2010

~dunia kini~



Aku terasa cukup indah bila menatap sirah para Nabi. Ketika itu, aku merasakan terlalu hina diriku ini. Para sahabat mampu berjuang dengan hebat menegakkan syiar Islam. Ketika itu, jika dibandingkan dengan zaman sekarang, tidaklah semaju seperti zaman sekarang. Tidaklah semerdeka seperti negera kita sekarang ini. Namun, semangat juang mereka sentiasa berkobar - kobar tanpa gentar dengan musuh2 Islam. Nak dibandingkan dengan zaman aku ini, hidup di zaman moden yang serba canggih. Namun Islam hilang nilainya.

Daripada Tsauban r.a berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa - bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang - orang yang  hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
  
Maka salah seorang bertanya:

"Apakah kerana kami sedikit ketika itu"?

Nabi S.A.W menjawab:

"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir."

"Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh - musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "wahan",

Seorang sahabat bertanya:
"Apakah itu wahan Ya Rasulullah?"

Nabi lalu menjawab:

"Cinta pada dunia dan 
Takut pada mati."

Hadis Riwayat Abu Daud




 Penganut Islam begitu ramai masa kini dan semakin bertambah. Namun kita lihatlah pemimpin2 Islam masa kini. Yang bersekongkol dengan musuh2 Islam. Yang menjadi pengkhianat agama. Di mana syiar Islam yang ingin mereka tegakkan? Di mana...

Pertelingkahan di antara fahaman - fahaman yang berbeza. Usah bicara soal berjuang menentang Nasrani dan Yahudi Laknatullah andai saudara semuslim masih belum bersatu. 

Dunia itu jambatan ke akhirat. Untuk apa kita hidup di dunia ini andai membawa kepada kemusnahan. Andai kita hidup di dunia ini tidak memakmurkan bumi ciptaan Allah. Tidak memakmurkan dengan kalimah - kalimah toyyibah. Adakah tujuan kita berada di atas muka bumi ini untuk merajakan segala kemaksiatan. Aku masih belum memahami apa itu erti merdeka bagi sesebuah negara ISLAM. Kerana negaraku ini dikatakan sebuah negara Islam, tapi negara Islam kah yang membenarkan maksiat berleluasa. Negara Islamkah yang melabur untuk hiburan berlebihan? Negara Islamkah yang melabur untuk pusat perjudian? Di manakah peranan kita yang sebenar sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

OH MALAYSIA
 Arak dan hiburan, gejala dadah, pergaulan bebas, gejala sosial yang kronik, inilah yang berlaku di Malaysia yang aku kenal sebagai negara Islam. Inikah negara yang aku knl sbg NEGARA ISLAM???

 



 
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.
 

Nasib muslim hari ini, Islam jauh dari diri kita. Kita dihanyut oleh arus duniawi tanpa memikirkan ukhrawi. ISLAM SEBENAR HARUS KEMBALI...


 "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba - hambaNya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang - orang yang bertaqwa."
 Al A'Raf : 128


 


~ISLAM EMPIRE OF FAITH~







2 comments:

  1. salam a'laik..
    syukran prkongsian ny,, entry yg mantap.

    barakallahufik

    ReplyDelete
  2. Wsalam
    terima kasih

    barakallahufik
    :)

    ReplyDelete