Monday, December 12, 2011

Mujahadah Suatu Kemestian~namUn, bukan semua Mampu melaluinya~~

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku Tabah Menerima Kerana
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan Ku Memanjangkan Kesabaran
Ku Tetap Syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku Tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar
Biarpun Hidup Digoda
Ujian Dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya
Walaupun Tak Di Kurnia Kemasyuran
Walaupun Tak Di Limpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku Tetap Syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Mohammad Iman yang berumur 10 tahun itu khusyuk menghayati setiap baris lirik ‘Ujian Hidup’ oleh Imam Muda di laptop Mak Su nya. Hatinya merasa terkesan dengan lirik yang tertera di skrin video lagu tersebut…

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman dari belakang’.

Mohammad Iman yang sedikit terkejut sekadar tersenyum sambil menjawab salam Mak Su nya perlahan.

‘Waalaikumussalam’….

Nurul Iman duduk bersebelahan anak buahnya itu. Dia kembali menanda buku latihan pelajarnya. Sementara Mohammad Iman masih lagi khusyuk mendengar lagu Imam Muda tersebut. Berkali dia mengulang semula lagu itu supaya sentiasa bermain di ‘Real Player’. Nurul Iman sekadar tersenyum melihat telatah anak sulung Abang Long nya itu.

‘Mak Su macam mana kita nak sentiasa berada dalam Mujahadah?, aju Mohammad Iman tiba-tiba’.

Nurul Iman terkesima dengan soalan yang lahir dari mulut anak buahnya itu. Dia terkedu kerana tidak menyangka soalan itu telah ada dalam sereberum anak semuda Mohammad Iman.

‘Subahanallah.. ucap Nurul Iman dalam hatinya sebagai tanda kekagumannya kepada Allah yang memberi ilham dari akal sejengkal itu kepada Mohammad Iman.

‘Mana Iman belajar perkataan Mujahadah ni? Iman tahu apa maksud Mujahadah, aju Nurul Iman tanpa terlebih dahulu menjawab soalan anak buahnya itu.

‘Di Masjid… Ustaz yang beri tazkirah setiap kami selesai solat tu yang selalu bercakap tentang Mujahadah Mak Su. Maksud dia Iman tak tahu.. Tapi Ustaz selalu kata marilah kita bermujahadah, jawab Mohammad Iman jujur’.

Nurul Iman sekadar tersenyum..

‘Mujahadah berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan atau kata lain ialah Jalan Menuju Allah. Soal bagaimana untuk kita sentiasa berada dalam Mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah.. Iman terpaksa berperang dengan musuh yang sentiasa berada dalam diri Iman sendiri, terang Nurul Iman lembut’.

‘Musuh??? Siapa musuh Iman Mak Su?, aju Mohammad Iman kehairanan’.

‘Bukan musuh Iman sahaja, tapi musuh semua orang iaitu Syaitan, sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan Malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan Malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.”

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban)

Dan hawa nafsu, yang mana diriwayatkan melalui Imam Shâdiq bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa, nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang.”

Imam Shâdiq as juga berkata:

“Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Kerana, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu.”  Sambung Nurul ‘Iman.

‘Iman rasa Iman mampu tak untuk  pergi bermujahadah?, duga Nurul Iman’.

‘Insyaallah, Mak Su… Tapi Mak Su boleh bantu Iman kan? Jawab Mohammad Iman’.

Nurul Iman sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.

‘Bantulah kami Ya Allah agar Istiqamah dijalan-MU’, doa Nurul Iman dalam hatinya’…

Credited:Nur syIFA-young teacher of khilafah




Hidup Berpasang2 Ciptaan Illahi~

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terlihat sepasang suami isteri yang juga baru sahaja keluar dari rumah Allah itu. Selepas si isteri mencium tangan suaminya, si suami pun mengusap-usap kepala isterinya yang masih memakai telekung yang dipakainya ketika solat tadi. Sepanjang perjalanan pulang, aku begitu asyik melihat gelagat mereka yang cukup mesra, berpegang tangan begitu erat ,sehinggakan zarah-zarah halus pun tak dapat melalui celah-celah tangan kedua-dua pasangan itu. Apa yang boleh aku lafazkan ketika itu ialah ‘SUBHANALLAH’. Indahnya ciptaan Allah s.w.t. DiciptakanNya antara satu sama lain untuk saling melengkapi.


“Dan di antara tanda-tanda(kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah s.w.t.) bagi kaum yang berpikir”
(Surah Ar-Rum:21)



Melihat kepada pasangan yang mesra itu tadi, pelbagai persoalan mula berlegar-legar dalam fikiranku:,
“Bercintakah mereka sewaktu remaja dulu? Biasanya orang yang bercinta dan kemudian berkahwin ni tidak mesra semesra mereka,”(maklumlah, nikmat bercinta sudah dirasai sebelum kahwin)
ATAU
“mereka berkahwin kerana rancangan keluargakah?”
ATAU PUN
“Adakah mereka berkasih sayang kerana Allah, dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin?”
Wallahua’alam

Jodoh di tangan Allah s.w.t. Kita hanya mampu merancang ingin berkahwin dengan si itu, ingin berkahwin dengan si ini. Apa yang pasti semuanya Allah s.w.t yang tentukan. Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita mengenali wanita/lelaki itu sejak di bangku sekolah tadika sekalipun, atau kita cukup memahami perangai dan sikap wanita/lelaki itu, tetapi kalau bukan jodoh, takkan jadi rumah tangga yang bahagia. Betul bukan?

Kita selalu mendambakan pasangan yang soleh/solehah. Siapa yang tidak mahukan pasangan yang baik. Tapi apabila melihat pada diri sendiri, layakkah kita untuk mendapatkan isteri yang sanggup berkorban harta dan nyawa sesanggup Siti Khadijah atau pun suami acuan Al-Quran dan As-sunnah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:



“…perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-permpuan yang baik (pula)...”
(surah An-Nuur:26)


Jadi, kalau inginkan pasangan yang soleh/solehah perbaikilah diri kita dahulu. Banyakkan mempelajari ilmu-ilmu agama supaya mudah untuk membimbing pasangan kita nanti. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. InsyaAllah, Allah s.w.t akan berikan kita pasangan yang kita impikan. Yakin dengan janji Allah s.w.t. dalam potongan ayat tersebut. Yang baik hanya untuk yang baik(kan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam tu). "Bagaimana acuan, begitulah juga kuihnya".


Tidak aku nafikan diriku ini mendambakan, terlalu mendambakan seseorang yang solehah, namun aku sedar, siapalah diriku ini yang sentiasa bergelumang dengan dosa2. Semoga kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah, Allah pasti memakbulkan doa2 umatnya yang menegakkan agamaNya. 


tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

jika diri tak seindah SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
tak perlu diri mencari steguh IBRAHIM,
jika diri tak sekuat SARAH,
mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
jika diri tak sesempurna RASULULLAH SAW.

Credited to:baguhin786