Thursday, April 25, 2013

PRU 13. Tumbang UMNO/BN. Kenapa?

Kenapa aku lawan UMNO/BN Pru 13 kali ni?
Dalam politik pasti ada sepak terajangnya. Tak mungkin semuanya telus kerana politik adalah perkara yang melibatkan kepentingan tersendiri. Dan setiap individu mempunyai kepentingan tersendiri.

Arus masa telah membezakan kita semua dari segi aliran pemikiran, ideologi dan fahaman2 antara satu sama lain. Aku dibesarkan di dalam keadaan yang serba lengkap. Aku tak kenal erti bagaimana hidup dalam di jajah oleh orang asing. Tapi minda aku yang dahulunya pernah dijajah oleh doktrinisasi untuk sentiasa menyokong Barisan Nasional(BN).

Mana mungkin generasi lama bersetuju dengan idea idea dan hujah2 yang di bawa oleh generasi muda masa kini. Generasi era globalisasi.

Ya! Kami tak hidup zaman anda yang kenal dengan erti jasa pengorbanan pemimpin2 dahulu yang memerdekakan negara. Bukannya kami tak bersyukur! Generasi muda hari ni lebih melihat kepada idealisme yang mampu memberi kesan kepada kemajuan negara. Bukannya keburukan kepada negara.

UMNO/BN Terlalu Lama!
Ya aku setuju. Bn terlalu lama. Sehinggakan mereka bukanlah lagi dilihat memperjuangakan hak2 rakyat. Malah semakin lama mereka memerintah, mereka lebih banyak membawa mudharat kepada negara. Kenapa aku cakap begini. Boleh buka apa laporan Jabatan Audit Negara. Mengalami ketirisan wang melampau. Pengaliran wang haram. APA SEMUA NI!!! Itu duit sapa??? Buka minda. BN sudah tidak relevan untuk sekarang.

Anda mungkin akan berkata. Kita sudah hidup senang dengan apa yang kita sudah dapat. Why bother other? Maaf. Islam tak ajar macam tu. Mungkin kta tak nmpk kesusahan orang lain. Tapi dengan kezaliman yang dilakukan kerjaaan kini sudah ckup memberikan impak yang tinggi terhadap ekonomi dan pembangunan negara. Yang kaya terus kaya. Yang papa terus derita. Rakyat diabaikan. Kroni diutamakan. Dimana rakyat didahulukan. Adakah hanya didahulukan apabila menjelang PRU. Selama 55 Tahun memerintah. Anda hanya mampu memberi RM500 bantuan MENJELANG PRU? Rakyat tak mudah untuk diperbodohkan. Rakyat dah muak dengan pembaziran UMNO sekarang!

UMNO Zalim!
Zalim kerana tidak pernah adil dalam memberikan rakyat kebebasan. Apabila ada yang memberi pandangan politik yang tidak sebulu dengannya. Tunggulah masa org itu dicantas. Mereka menjunjung demokrasi dan hak asasi. Tapi tak pernah memberi ruang kebebasan. Media dimonopoli. Manifesto mereka dicedok dikopi dibentangkan selama berjam2 di kaca tv. Tapi tidak untuk pihak pembangkang.

Pemimpin UMNO PENAKUT!
Kalau nak jadi pemimpin. Wajib berani! Cakap di tv berdegar2, bila diajak berdebat. Debat bukan budaya kita. Ini soal untuk kta lihat cara penyampaian idealisme yang dibawa oleh parti. Rakyat tidak menilai kelantangan anda bersuara. Tapi melihat dari segi idealisme yang dibawa demi kesejahteraan rakyat. Tiba masa untuk menggantikan kerajaan yang baru.

Selagi mana kerajaan korup, tidak kira lah dia PR atau BN, SELAGI KEZALIMAN WAJIB KITA LAWAN. BUKAN KERANA KETAKSUBAN KTA MENYOKONG TAPI DENGAN KEFAHAMAN.