Sunday, January 25, 2015

The End of Semesters in UNIKL MIAT

Assalamualaikum to all readers. 

It has been a long time I didn't update my blog entry. It is almost 2 years since my last entry. I am already enter my final semesters which is Semester 8 and will be graduated this coming July 2015. I have been through all the hardships for the whole semesters in UNIKL MIAT in order to obtain my Degree in Aircraft Engineering Technology (Hons.) Mechanical. The precious moments with my classmates and batch mates shall not be forgotten. 









They are my classmates. We have been through ups and downs. InshaAllah everyone of us will become an excellent product towards industry especially aviation industry. Among of us are struggling to become Licensed Aircraft Engineer. Do pray for us. 

Alhamdulillah finally I managed to pass all my subject in Semester 7 with flying colour. 


Surely I am going to miss the environment in UNIKL MIAT. 


The place that taught me to have great determination and passion in Aircraft Engineering.

A great tribute to my beloved supervisor for helping me to finish my thesis final year project. I have been struggling to finish the report where requires me to argue a lot of things with my great supervisor. Thank you so much for your time and sacrifices for nurture me to become a good person with great determination in everything I did. 




“It is our choices that show what we truly are, far more than our abilities.” —J.K. Rowling





Tuesday, July 30, 2013

Secekal Al Fatih dan Segagah Salahuddin Al Ayyubi

Bismillahirrahmanirrahim

Harini adalah 21 Ramadan. Masuknya waktu berbuka puasa sebentar lagi, maka masuklah hari yang ke 22.
Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan yang Allah beri kepada umatnya untuk berusaha mendidik jiwa supaya menjadi seorang hamba.

Alhamdulillah, dugaan datang lagi. Aku terpaksa terima dengan seadanya. Siapa yang tak runtun jiwanya bila kejayaan yang diharapkan untuk dikongsikan dengan ibu bapa sebaliknya kejayaan itu adalah kegagalan.

Aku sentiasa percaya hikmah itu sangat luas dan sangat hebat. Setelah melalui beberapa siri kegagalan, kesedihan yang di alami tak siapa tahu, keperitan untuk mengejar cita - cita demi membalas jasa ibu bapa membuatkan aku semakin kental. Membuatkan aku sentiasa mencari hikmah dan mendidik jiwa aku menjadi lebih hamba.

Sabarlah. Perjuangan di lapangan ilmu tak semudah yang kita sangkakan. Percayalah, apa yang Allah rancang adalah yang terbaik. Hadapi dengan jalan yang sabar. Jangan mudah mengalah. Allah nampak usaha yang dilakukan.

Semoga semangat Al Fatih dan Salahuddin sentiasa mekar di dalam jiwa aku supaya terus bergerak dan takkan pernah mengalah. InshaAllah.

La Tahzan, Innallah ha maa'na.


Thursday, April 25, 2013

PRU 13. Tumbang UMNO/BN. Kenapa?

Kenapa aku lawan UMNO/BN Pru 13 kali ni?
Dalam politik pasti ada sepak terajangnya. Tak mungkin semuanya telus kerana politik adalah perkara yang melibatkan kepentingan tersendiri. Dan setiap individu mempunyai kepentingan tersendiri.

Arus masa telah membezakan kita semua dari segi aliran pemikiran, ideologi dan fahaman2 antara satu sama lain. Aku dibesarkan di dalam keadaan yang serba lengkap. Aku tak kenal erti bagaimana hidup dalam di jajah oleh orang asing. Tapi minda aku yang dahulunya pernah dijajah oleh doktrinisasi untuk sentiasa menyokong Barisan Nasional(BN).

Mana mungkin generasi lama bersetuju dengan idea idea dan hujah2 yang di bawa oleh generasi muda masa kini. Generasi era globalisasi.

Ya! Kami tak hidup zaman anda yang kenal dengan erti jasa pengorbanan pemimpin2 dahulu yang memerdekakan negara. Bukannya kami tak bersyukur! Generasi muda hari ni lebih melihat kepada idealisme yang mampu memberi kesan kepada kemajuan negara. Bukannya keburukan kepada negara.

UMNO/BN Terlalu Lama!
Ya aku setuju. Bn terlalu lama. Sehinggakan mereka bukanlah lagi dilihat memperjuangakan hak2 rakyat. Malah semakin lama mereka memerintah, mereka lebih banyak membawa mudharat kepada negara. Kenapa aku cakap begini. Boleh buka apa laporan Jabatan Audit Negara. Mengalami ketirisan wang melampau. Pengaliran wang haram. APA SEMUA NI!!! Itu duit sapa??? Buka minda. BN sudah tidak relevan untuk sekarang.

Anda mungkin akan berkata. Kita sudah hidup senang dengan apa yang kita sudah dapat. Why bother other? Maaf. Islam tak ajar macam tu. Mungkin kta tak nmpk kesusahan orang lain. Tapi dengan kezaliman yang dilakukan kerjaaan kini sudah ckup memberikan impak yang tinggi terhadap ekonomi dan pembangunan negara. Yang kaya terus kaya. Yang papa terus derita. Rakyat diabaikan. Kroni diutamakan. Dimana rakyat didahulukan. Adakah hanya didahulukan apabila menjelang PRU. Selama 55 Tahun memerintah. Anda hanya mampu memberi RM500 bantuan MENJELANG PRU? Rakyat tak mudah untuk diperbodohkan. Rakyat dah muak dengan pembaziran UMNO sekarang!

UMNO Zalim!
Zalim kerana tidak pernah adil dalam memberikan rakyat kebebasan. Apabila ada yang memberi pandangan politik yang tidak sebulu dengannya. Tunggulah masa org itu dicantas. Mereka menjunjung demokrasi dan hak asasi. Tapi tak pernah memberi ruang kebebasan. Media dimonopoli. Manifesto mereka dicedok dikopi dibentangkan selama berjam2 di kaca tv. Tapi tidak untuk pihak pembangkang.

Pemimpin UMNO PENAKUT!
Kalau nak jadi pemimpin. Wajib berani! Cakap di tv berdegar2, bila diajak berdebat. Debat bukan budaya kita. Ini soal untuk kta lihat cara penyampaian idealisme yang dibawa oleh parti. Rakyat tidak menilai kelantangan anda bersuara. Tapi melihat dari segi idealisme yang dibawa demi kesejahteraan rakyat. Tiba masa untuk menggantikan kerajaan yang baru.

Selagi mana kerajaan korup, tidak kira lah dia PR atau BN, SELAGI KEZALIMAN WAJIB KITA LAWAN. BUKAN KERANA KETAKSUBAN KTA MENYOKONG TAPI DENGAN KEFAHAMAN.


Sunday, December 16, 2012

Demi meramaikan Aircraft Maintenance Engineer beragama ISLAM

Aku pilih jalan ini, dan aku yang akan habiskan!
Bukan mudah untuk jadi seorang Licensed Aircraft Maintenance Engineer. Inilah fakta yang wajib diterima!
Mampukah anda menghafal basic system of whole aircraft???
But it is not about memorizing, it is all about the understanding!
More you learn, more understand, and more you will find the complicated things.

Aku pohon tembakkan hatiku dengan doa supaya aku tabah dalam menghadapi perjuangan ini.
I will prove to everyone that before not accept my way of choosing this career. Plus the way of getting license that I chose more risky. I will prove one day.

Mudah mengalah bukan cara aku.
Demi meramaikan Engineer Islam dalam bidang ini. InsyaALLAH.

Mama and Ayah. One day. U will proud of me. InsyaAllah.
Ya Allah bantulah hambaMu ini berjuang di landasan ilmu ini.
Permudahkanlah segala urusanku,
Cekalkan hatiku,
Tabahkan hatiku sepertimana Engkau tabahkan hati pejuang2mu,
Bantulah aku Ya Allah.







Sunday, July 8, 2012

FAIL???

Hancur luluh hati ini bila tgk gambar ni. Air mata mengalir.




I wish that i could make my family proud of me for the second time. Mama dan ayah, maafkan adik. Mama dan ayah just wait n see, I will be a License Aircraft Maintenance Engineer. Mama dan ayah pasti tersenyum lebar nanti dengan kejayaan adik nanti! I have try my best for this semester. Mungkin Allah nak aku kembali mengingatiNya seperti dahulu. Aku percaya aku banyak dah berubah. Al Quran pun aku dah jarang sentuh. Solat2 sunat yang aku selalu buat pun aku dah jarang buat. Astaghfirullahalazim. InsyaAllah, ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Walaupun down sangat2. Aku perlu kuat dan teruskan perjuangan ini. Ni azwanlah! Aku pantang kalah sebelum menang! InsyaAllah. Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau masih sayangkan hambaMu ini. Masih ada secebis iman dalam hatiku ini. Kerana aku percaya apa yang terjadi, pasti ada kaitan dengan hubunganku dgn Allah.



1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:

Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3






2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?



QURAN MENJAWAB:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

-Surah Al-Baqarah ayat 216





3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?



QURAN MENJAWAB:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286





4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?



QURAN MENJAWAB:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

-Surah Al-Imran ayat 139





5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?



QURAN MENJAWAB:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).




6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA MAHU HADAPINYA?



QURAN MENJAWAB:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

-Surah Al-Baqarah ayat 45





7. KITA BERTANYA : APA BALASAN YANG AKU DAPAT DENGAN UJIAN INI?



QURAN MENJAWAB:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

-Surah At-Taubah ayat 111





8. KITA BERTANYA : NAK BERHARAP KEPADA SIAPA LAGI??



QURAN MENJAWAB:

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.

-Surah At-Taubah ayat 129





9. KITA BERKATA : DAH TAK MAMPU BERTAHAN



QURAN MENJAWAB:

..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

-Surah Yusuf ayat 87



credit to kak apricotpie pasal dalil2 ni.



Saturday, May 26, 2012

Bila perasaan putus asa mula bersua....~~Masa depanku~~

Aku percaya diri aku ini tabah. Aku tetap tabah dalam apa jua keadaan. Sejak dilahirkan aku x pernah kenal erti mengalah. Setiap yang aku inginkan pasti aku kejar smpai aku gapai benda itu. Itu pasti dengan keizinanMu Allahu Rabbi.

Sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology, aku mula yakin dengan langkah aku untuk mencapai cita2 aku sebagai seorang LICENSED AIRCRAFT MAINTENANCE ENGINEER. Because I want to be a person that fully responsible for a particular aircraft. That is my passion. I have dreamed on entering this field during my secondary school(F2).  

But now, I really dissapointed. Kerana sewaktu aku di usia 17 Tahun, aku kurang knowledge on this field. I never know what is MATA, APR, METC/DILOG. Aku hanya kenal Unikl MIAT untuk aviation. Aku akui MIAT mmg tempat yang hebat. Adanya hangar yg besar. Lots of aircraft. But, there would be very useless when no one still unable to sit for the DCAM Part 66. 

Ni lah hangar kt tempat aku blajar. 


Tika inilah aku mula merasai kehadiran perasaan putus asa. Aku rasa seolah2 aku buang masa di sini. Memang betul apa org ckp " Kalau x dpt lesen pun, bukannya xley keja pun, kita ada degree". Yeah, dats rite. This is not about degree or anything, this is all bout  my dream. Ambition. 

Aku nekad turun jumpa Quality Assurance with my good friend (Panod). I ask everything about the process. Aku hanya tersentak bila dia tnya. 

QA: U semester brapa?
Me: Semester 2   
QA: Rileksla. Awal lg. Kamu taw x brp ramai senior yg masih xda lesen.
Me: *kepala abah kau. jari tengahku untuk mu. aku ckp dlm hati la. Then i voice out, and said. Sir, sbb sy dtg jumpa sir la sy xnak masa depan kami jadi mcm diorg. 

How come he could said like that. Aku tak bodoh untuk menyebabkan sejarah diulang kembali! Aku xmau menjadi sebahagian dr sejarah bdak MIAT yg xdak basic license. Berapa kerat sangatlah ada lesen. Where's ur pride MIAT?!

Before aku jumpa QA, i have met presiden jawatankuasa perwakilan mahasiswa. I ask for explanation about this. Aku mengaku aku terlalu kasar sbb aku ckp QA lembap lah apa lah. JPM knew the true story, but never told others. After argue with him for a few minutes, i stopped and thanked him for the explanation. Ikutkan hati nk demo ja lpas ni. But aku pasti tak ramai akan turun. Xdak kesedaran. No ppl care about this bullshit. Because kwn2 aku yg len bukannya amik port sgt. Yg taw dapat duit MARA, enjoy. I come here with one vision. Dan aku bukan org yg tahan jika ditindas. Aku pasti bangkit mencari kebenaran.

And then, seriously, everyday, I think about my future. How to get into an airline or MRO if they only accept ppl that have basic license only. After a few weeks, one of the JPM contacted me through fb. Thank to Hazim coz invited me to join the discussion with dean. Along with JPM and other volunteer.

Dean managed to open my mind, to think out of the box. Yeah. Thats true, our degree can give us advantage for higher position. But still not able to become LAME. And about that, they are trying the best to  get the approval.

Apapun, aku nekad untuk sit for EASA Part 66 exam. I dont want to waste my time anymore. Rather than I wait until kucing boleh terbang, better i find new solution. 

I will never give up. NEVER. INSYAALLAH.







Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 : Jiwaku bersama Pejuang Keadilan, SOLIDARITI WITH THEM ~

Assalamualaikum semua warga pembaca yang aku sayangi. Sudah lama tidak berblogging. Tapi hari ini ingin aku bawakan kisah yang benar. Permintaan aku hanya satu. Bacalah dengan hati yang terbuka supaya anda semua dapat melihat kebenaran.

Pada tanggal 28/4/2012, sejarah telah tercipta di mana rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan negara telah bersatu di bawah satu keadilan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Antara tuntutan Bersih 3.0 ialah :

1) Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2) Reformasikan undi pos
3) Gunakan dakwat yang kekal
4) Akses media yang bebas dan adil
5) Tempoh berkempen minima 21 hari
6) Kukuhkan institusi awam
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor

Tema Bersih 3.0 pada kali ini adalah DUDUK dan BANTAH di DATARAN MERDEKA. Namun Bersih kali ini jelas seperti Bersih 2.0 di mana matlamat untuk duduk bantah di tempat yang sepatutnya tidak berjaya. Ini adalah jelas kerana di halang oleh government dan jentera polis dan FRU. Jika anda seorang rakyat yang masih waras dan berjiwa berpaksikan keadilan, cuba anda berikan satu alasan yang sekukuh - kukuhnya di mana yang akan terjadi rusuhan jika mereka semua dibenarkan berkumpul di Dataran Merdeka. Sedangkan sudah terang lagi nyata, hanya bersih di Kuala Lumpur SAHAJA yang ada WATER CANNON dan TEAR GAS. Nah bukti!

Aku pohon dengan pemerhatian dan penilaian yang penuh dengan keadilan, nilailah video di atas. Anda dapat lihat di tempat lain berjaya dengan aman dan tiada rusuhan yang berlaku. Sebab apa????
Tiada langsung kehadiran SB (Special Branch) yang menyamar melakukan provokasi terhadap polis sendiri. Kenapa perlu adanya SB dlm rally perhimpunan Bersih 3.0? Mereka hanya bermatlamatkan untuk provoke demonstran. Dan akhirnya media yang berpihak kepada kerajaan membawa cerita yang bukan bukan dan melemparkan fitnah.

Wahai kerajaan yang menzalimi rakyat, sudah2lah menzalimi kami semua. Ingatlah majoriti rakyat tidak lagi berpihak kepada kamu. Ini adalah kenyataan pahit buat anda semua.

Utusan Malaysia ckp hanya 3000 orang yang hadir?????

Ini bukti nya!




Anda nilai lah sendiri. Majoriti rakyat kini berpihak kepada pemimpin yang perjuangkan keadilan untuk rakyat. Selautan manusia dari rally Masjid Negara. Belum lagi bergabung di Petaling Street, Masjid Jamek, Masjid India dll.

Bersih tetap akan di jalankan selagi keadilan belum terlaksana kerana negara adalah hak rakyat. :)