Sunday, November 27, 2011

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya....


Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.



Cerita yang saya dengar itu begini:


-----------------------------------------------------------------------
 Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!

Sumber copy from~ Hilal Asyraf

Sunday, July 17, 2011

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.


Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.


Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.


Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

Wednesday, June 22, 2011

Malaysia Kena Hentam, SKMM Shit


Bukan semua mereka yang pernah muat turun laman web yang disekat oleh SKMM baru-baru ni bertujuan untuk menjadi pencetak rompak atau peminat cerita lucah. The Pirate Bay  ialah salah satu laman web yang file sharing yang merupakan lubuk movie, lubuk    
pirates. 

Dan hari ini laman web perkongsian fail terkemuka The Pirate Bay menyuarakan perasaan tak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu.

Korang ikutilah antara kenyatan The Pirate Bay yang disiarkan dalam Malaysiakini:

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu, Winston Bay kepadaMalaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya. The Pirate Bay juga berhujah, The Pirate Bay sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

Friday, March 4, 2011

Khas Buat Muslimah



Jika ku katakan suatu kebenaran,adakah kau kan marah?
Aku ingin menasihatimu...

Sahut soalanku ... Kenapa kau tanggalkan hijab?
Kau dedahkan tubuhmu?

Ada yang memandangnya bagaikan sebuah boneka,
Ada yang radang melihatnya,

Sedangkan engkaulah tonggak kewujudan ini,
Engkaulah kebanggaan,apakah engkau tidak sedar?

Bersama-samamu kebahagiaan.
Padankanlah kebaikan di bayi yang kamu lahirkan.

Sesungguhnya engkaulah ibu kepada manusia yang berakal...
Kakak kepada warisan pemuda,singa yang berada di dalam jerumun,

Engkau dijadikan untuk bertakhta di tempat yang paling tinggi,
Mengapa engkau turun merendahkan dirimu?

Engkau melakukan perbuatan larangan,
Engkau biarkan dirimu dipergunakan...

Tuesday, February 15, 2011

Revolusi Untuk Tegakkan AGAMA ALLAH!!

Salam perjuangan wahai sahabatku semua. Kali ini aku yakin dan percaya bahawa ramai yang dah tahu isu global semasa yang telah berlaku. Yang paling latest mengenai Revolusi yang sedang  berlaku di Mesir. Sebelum tangan ini makin laju menekan papan key board ini. Marilah dahulu kita doakn agar sahabt2 kita di Mesir berada dlam lindungan dan rahmat Allah.

Pertamanya, negara mesir kini berada dalam keadaan yang tidak stabil di mana rakyat saling berkerjasama menentang kerajaan. Namun terdapat pihak yang pro dan anti kerajaan. Hal ini kerana, wujudnya Khawarij yang   berpegang pada prinsip darah kaum Muslimin itu halal ditumpahkan. Selain itu, wujud juga samseng2 upahan regim Hosni Mubarak yang diupah untuk menimbulkan kekacauan dalam kalangan ahli protester dengan cara menyamar. Tentera Mesir dan rakyat mesir saling bekerjasama mengenal pasti identiti para protester agar tidak terdapat samseng2 upahan regim Hosni Mubarak yang menyamar untuk melakukan rusuhan dan mengkhianati perjuangan Rakyat Mesir.

Tuesday, February 1, 2011

"Makhluk pAling DAN Sangat "CErdik" mEngenAI hUKUM "....


Apa khabar suma. Dan salam perjuangan.. Actually aku agak meletus bila terlihat sesuatu benda yg baru terjadi..Kiranya agak lama udah berlaku. Tapi jang nggak tau.. haha... Sewaktu aku mengetahui perkara ni. Mulanya panas den dibuatnya. Tapi apakan daya... Diri ini mudah sejuk dgn nyamannya...

Ada makhluk yg terlampau "cerdik" sgt dgn hukum Allah ni.. Dah taw diri tu "cerdik" sgt bab agama. Jangan dok try campurkan antara HAQ dan BAAATIILLL...  Aku pun x phm org skang ni.. Nk kata x reti pakai tudung reti. Suma ada akal. Cuma sesetengah org tu buat2 x pandai pakai. Ye la nak wat free show...Bukan senang beb org wat freeshow.. Adohai.. aCtually aku baru terbaca saja pasal IFF Fesyen Show di Monaco. 
Agak2nyakan  IFF tu apa ea???????Haa..jwb2 sapa yg taw..Ok la meh den nk gtaw...
Mest ramai gak yg x taw.. Sbb ni pun isu semasa. X best pun isu ni
hahhaa....Ok la.. meh nk bgtaw..meh meh... IFF stand for ISLAMIC FESYEN SHOW

Monday, December 27, 2010

~dunia kini~



Aku terasa cukup indah bila menatap sirah para Nabi. Ketika itu, aku merasakan terlalu hina diriku ini. Para sahabat mampu berjuang dengan hebat menegakkan syiar Islam. Ketika itu, jika dibandingkan dengan zaman sekarang, tidaklah semaju seperti zaman sekarang. Tidaklah semerdeka seperti negera kita sekarang ini. Namun, semangat juang mereka sentiasa berkobar - kobar tanpa gentar dengan musuh2 Islam. Nak dibandingkan dengan zaman aku ini, hidup di zaman moden yang serba canggih. Namun Islam hilang nilainya.

Daripada Tsauban r.a berkata:
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa - bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang - orang yang  hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."