Tuesday, November 16, 2010

Politik vs Kemanusiaan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

BANJIR DAH KERING, RAKYAT BASAH DI KENCING UMNO

 بسم الله الرحمن الرحيم

ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah


Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

Monday, November 15, 2010

~aS sYAHid AL Imam Hassan Al Banna~

"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

kata2 ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd ny

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,

turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

antara yang lainnya kata2 beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,

tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk.
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya."

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

bahan yang boleh di rujuk:
Judul Buku : How to be like Hasan Al Banna
Penerbit : DAR! Mizan
Penulis : Herry Nurdi
Waktu Terbit : Cetakan I, September 2006/Sya’ban 1427 H

moga2 kita benar2 mengambil peduli apa yg cuba d sampaikan oleh beliau,,insyaallah
jdlah pengemis cinta ILAHI,,perindu SYAHID ABADI,,salam perjuangan..

~Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh~






Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?



Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?


Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?


Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.


 Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?


 Mereka perlukan manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.



Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.



Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

Sunday, November 7, 2010

TENTERA MALAYSIA DI AFGHANISTAN- Kenapa Ramai Yang Tak Tahu





Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu?
Oleh: Ali Abu

Heran den, ramai orang kita tak perasan bahawa Malaysia dah letak Askar Melayu kat Afghanistan tolong Amerika dan tentera bersekutu yang lain bunuh orang Islam.


1] Bulan Julai 2010, Malaysia bersetuju hantar tentera membantu tentera berikat bunuh orang awam Afganistan dan Taleban atas arahan Amerika Laknatullah. Memang la dalam news PM Najib kata kita hanya menghantar pegawai perubatan (Army medical team) tapi hakikat sebaliknya kita tak tahu. PM Najib dah banyak tipu den bai. Korang den tak tahu.


2] Yang paling den herankan, Yb-yb samado dari kerajaan dan pembangkang tak bising pun tentang isu ini. Apo dah jadi? Sobab banyak makan lomang kot.


3] Banyak persoalan bermain difikiran den. Mengapa Amerika nak sangat hapuskan Taleban/Mujahidin? Korang mungkin jawab sobab nak bunuh Osama kerana Osama bertanggungjawab dalam peristiwa 9/11. Hehehe kono tipu la korang dengan CNN. Orang Amerika sendiri percayo ia adolah perbuatan orang dalam.


4] Antara alasan lain, Kapitalis Amerika dan Britan mahu menguasai laluan minyak di utara Afghanistan. Betul, tapi alasan utama mereka menyerang negara itu ialah diorng percaya tentara Taleban/Mujahidin adalah tentera Imam Mahdi. Ha Ha Ha den dongar korang ketawo. Tapi Dajjal Al-Masih tengah serius nak hapuskan Taleban melalui Amerika dan Zionis. Den bukan cakap bohong ni bai.


5] Situasi peperangan di Afghanistan sengaja digolapkan oleh CNN dan BBC. Tentera bersekutu atau Tentera Ahzab sedang mengalami kekalahan. Macam mano Obama boleh luluskan puluhan ribu askar baru-baru ini? Takkan suko-suko kot.


6] Member den ado bagitahu den dalam bulan poso yg lopeh bahawa Taleban dah kuasai banyak kawasan di Afghanistan. Dio cakap peperangan hebat berlaku antara Tentera Ahzab dan Taleban sedang hangat berlaku dan ribuan tentera Amerika mati. Den tak bertanyo mano dio dapek news tu. Den pulak tak mencari dalam internet sobab time tu kempen bersamo-samo kenkawan yg lain nak bebaskan Abg Sudin dari Kem Kamunting.


7] Den nak tanyo, adokah public bersetuju dengan misi tentera Malaysia di Afghanistan? Kos diorng ditanggung oleh duit cukai rakyat Malaysia. Membazir bai. Den harap Yb-yb Pakatan Rakyat tolong tanyokan pada PM Najib pada sesi terakhir Sidang Parlimen Dewan Rakyat yang bermulo pado 11 Okt hingga 15 Dis 2010. Yb-yb tolong balun Najib atas isu ini. Tolong tanyo kek Najib, Kenapa Malaysia wajib menjadi Anjing Amerika?


8] Tahun 2001-2003, Taleban digulingkan oleh Tentera Ahzab/Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Amerika, Britain, India, Iran, Rusia, Pakatan Utara, Australia dlll. Bilo Taleban bangkit, Obama ajak banyak negara lain join sekali lawan Taleban. Malaysia dengan senyuman rela hati bersamo Obama membunuh saudara muslim mereka di Afghanistan. Ulama’ Mudo UMNO pun tersenyum samo.


9] Untuk info, Tentera Amerika dan Tentera Ahzab banyak bunuh orang awam dari tentera Taleban. Diorg cakap Taleban sengajo menggunokan org awan sebagai perisai. CNN bohong bai.


10] Mungkin la Tentera Malaysia tak terlibat dekat war zone sobab news ckp Malaysia just hantar Army Medical Team. Cubo korang bayangkan, maso bulan poso aritu selepas Tentera Ahzab ni berperang dgn Taleban dalam satu operasi, 8 org Tentera Amerika cedera parah tapi taknak mampos. Doktor Tentera Malaysia dengan senyuman merawat mereka. Walhal diorg baru balik membunuh orang awan dan Taleban, saudara muslim kita. Den ulang balik, SAUDARA MUSLIM KITA!


11] Den bukan ostad, tapi den percaya isu ini membabitkan akidah kita sbg umat Islam. Negara kita adalah negara muslim tetapi membantu tentera kuffar/tentera ahzab memerangi muslim yg lain di Afghanistan. Agak-agak di mano akidah kito selopeh ni bai?


________________________________________
___________________________________

Malaysia makes first deployment to Afghanistan


(AFP) – Jul 14, 2010


KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.


The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.


The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.


Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty.


"They will provide medical and dental services to the locals," she said.


New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.


In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.


Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.


Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.


http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5h_1OpN5OVsVna11AcasrXkj9GVxg


News yg berkaitan :


1]
http://www.onepakistan.com/news/world/53251-Malaysia-makes-first-deployment-Afghanistan.html

2]
http://www.thejakartapost.com/news/2010/07/15/malaysia-makes-1st-military-afghanistan-deployment.html

3]
http://www.paktribune.com/news/index.shtml?229639

4]
http://pakobserver.net/201007/16/detailnews.asp?id=41753

5]
http://news.smh.com.au/breaking-news-world/malaysia-makes-first-afghan-deployment-20100715-10c58.html

6]
http://wfol.tv/stop-nato/4674-first-malaysian-troops-to-afghanistan.html

7]
http://www.bt.com.bn/news-asia/2010/07/16/malaysia-makes-first-military-deployment-afghanistan

Malaysia Is Now NEW LEGITIMATE Target of International Jihadist

NEGARA KITA SUDAH MENJADI SASARAN JIHAD ANTARABANGSA




Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa

Nampaknya banyak forum-forum maya antarabangsa sensitif dengan kehadiran Malaysian Army Medical Team di Afghanistan.

1] Printscreen di atas diambil dari salah satu forum maya para jihadist antarabangsa. Timo kasih kepado kawan yang menyampaikan info mengenai forum maya ini.

2] Dalam forum maya tu, agak-agak apo yg diorg bincangkan? Den ingat cukup la korang baco komen pertamo dalam thread tu. Karang ado yg muntah darah kalau baco keseluruhan thread tu.

3] Komen-komen dalam thread tu dipercayai majoritinya orang Arab sobab yg bagitahu member den ni pun orang Arab gak. Orang Arab yg cakap omputih kot.

4] Apo pun korang cubo tengok ayat yg telah den GARISBIRUKAN tu. Malaysia telah menjadi target baru para jihadist antarabangsa!

5] Den adolah orang yg pro keamanan dan anti kpd keganasan tapi ado muslim di luar Malaysia menggunokan metod keganasan bagi mencapai cita-cita murni mereka. Metod ini ditentang oleh ramai Ulama’ terkemuka dunia termasuk Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

6] Para Jihadist ini tak tahu bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak tahu menahu tentang Army Medical Team yg berado di Afghanistan. Mano kluar dalam paper Utusan dengan TV3 bai. Bilo dalam forum tu cakap Malaysia is a new legitimate target, diorg maksudkan RAKYAT MALAYSIA! Bagi diorg darah kito halal untuk ditumpahkan. Kepalo ayah kau.

7] Sekarang kito patut fikirkan yang terburuk. Kono berfikir dgn serius. Kito taknak diorg datang sini letak bom sana-sini untuk membalas dendam atas kematian rakyat Afghanistan. Kot iye pun apsal rakyat Malaysia yg jadi target. Bukan rakyat Malaysia yg bagi greenlight untuk tentera perubatan kito poie Afghanistan. Bingai boto la diorg ni.

8] Pertamo, den mintak Menteri KDN DS Hishammuddin Tun Hussein amik langkah berjaga-jaga paling maksimum utk memperketatkan langkah keselamatan dalam negara kito.

9] Keduo, PM Najib WAJIB tarik balik tentera kita yg sedang bertugas di Afghanistan dengan SEGERA.

10] Ketigo, para Yb tak kiro PAS, PKR atau UMNO desak PM Najib keluarkan tentera kita dari Afghanistan dengan SEGERA. Bagi kita sebagai individu, bagitahu rakan-rakan anda tentang hal ni supaya diorg dapat ambil tindakan dengan mendesak pihak-pihak berkenaan supaya menarik tentera kita keluar dari Afghanistan.

11] Den nak tanyo korang sekali lagi, Apakejadahnya hantar tentera kita ke Afghanistan untuk membantu tentera Ahzab yg sedang giat membunuh muslim, saudara kita di sana?

Saturday, November 6, 2010

~NiKmaT dr Allah~~

Bersyukur ke hadrat IllaHI kerana aku masih diberi kesempatan untuk menulis blog lagi..Alhamdulillah..Hari ni barula aku dpt kesemptn dr Allah, nikmat kelapangan masa untuk menulis sesuatu di blogku ini.syukur3x!! Final exam semester 1 sudah pun lama berakhir. dlm sebulan jugakla da abis...So, paham2 la kan..Result konfem da dpt..Haih, inginku lahirkan rasa kekecewaan di sini kerana x mampu mendapat sepertimana yang ditargetkan...Sob!Sob!...Apapun hidup ni mest sentiasa bersyukur kan... Alhamdulillah aku mendapat GPA 3.52 sahaja...walaupun x mencapai target 3.75, aku perlu bersyukur.. Setiap yg jadi ini ada hikmahnya... 
Perkara yang baik bg kita itu mungkin tidak elok bagi kita dan perkara yang tidak kita sukai itu mungkin baik bg kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.   
Kalo aku dpt pointer yg tinggi, maybe sem2 ni aku akan lupa diri. So, Allah dah tentukan ni supaya aku akan lebih berusaha supaya tidak leka.
Jadi aku mest bersyukur. Ingatlah wahai rakan2ku, disebalik setiap kejadian ini ada hikmahnya.
Janganlah juga kita melupakan Allah apabila diberi nikmat dan rahmat dr Allah kerana semua ini hanyalah sementara sahaja dan menjadi ujian dan dugaaan kepada umat manusia sebagai hambanya...
Teruskanlah perjuangan kita kerana ALLAH SWT