Wednesday, June 22, 2011

Malaysia Kena Hentam, SKMM Shit


Bukan semua mereka yang pernah muat turun laman web yang disekat oleh SKMM baru-baru ni bertujuan untuk menjadi pencetak rompak atau peminat cerita lucah. The Pirate Bay  ialah salah satu laman web yang file sharing yang merupakan lubuk movie, lubuk    
pirates. 

Dan hari ini laman web perkongsian fail terkemuka The Pirate Bay menyuarakan perasaan tak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu.

Korang ikutilah antara kenyatan The Pirate Bay yang disiarkan dalam Malaysiakini:

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu, Winston Bay kepadaMalaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya. The Pirate Bay juga berhujah, The Pirate Bay sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan The Pirate Bay walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat. Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

Itulah nada geram The Pirate Bay kepada Kerajaan kita. Untuk makluman korang selain PirateBay.org, turut disekat ialah MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.

Aku cuma nak tergelak bila kerajaan mengambil inisiatif ini dengan memblok laman web tersebut kononnya nak blog porno. Sejak bila la kerajaan ni rajin plak nak blok porno ni. Sedangkan hal2 dalam parlimen pun ada porno. Haiya.

Kalau Kerajaan ambil berat soal lucah-lucah ni mengapa pengedar video lucah dalam kes trio Datuk T tak ditangkap pun? Kalau kerajaan ambil berat soal lucah mengapa blog yang menayangkan video lucah seorang yang kononnya mirip pemimpin pembangkang tak disekat pun? Kalau kerajaan ambil berat soal lucah mengapa video lucah Datuk T itu hampir setiap hari selama berminggu-minggu diulang tayang di TV kita? Kalau kerajaan ambil berat soal lucah mengapa sehingga kini video lucah Datuk T itu masih diedarkan dari rumah ke rumah, hingga rumah pak haji, pak lebai dan ustazah pun dapat salinannya? Mengapa pengedaran video lucah itu tak disekat? Mengapa? Mengapa?

Kalau hendak membasmi lucah mulakan dengan teladan yang baik kepada rakyat dulu.....

No comments:

Post a Comment