Monday, December 12, 2011

Hidup Berpasang2 Ciptaan Illahi~

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terlihat sepasang suami isteri yang juga baru sahaja keluar dari rumah Allah itu. Selepas si isteri mencium tangan suaminya, si suami pun mengusap-usap kepala isterinya yang masih memakai telekung yang dipakainya ketika solat tadi. Sepanjang perjalanan pulang, aku begitu asyik melihat gelagat mereka yang cukup mesra, berpegang tangan begitu erat ,sehinggakan zarah-zarah halus pun tak dapat melalui celah-celah tangan kedua-dua pasangan itu. Apa yang boleh aku lafazkan ketika itu ialah ‘SUBHANALLAH’. Indahnya ciptaan Allah s.w.t. DiciptakanNya antara satu sama lain untuk saling melengkapi.


“Dan di antara tanda-tanda(kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah s.w.t.) bagi kaum yang berpikir”
(Surah Ar-Rum:21)



Melihat kepada pasangan yang mesra itu tadi, pelbagai persoalan mula berlegar-legar dalam fikiranku:,
“Bercintakah mereka sewaktu remaja dulu? Biasanya orang yang bercinta dan kemudian berkahwin ni tidak mesra semesra mereka,”(maklumlah, nikmat bercinta sudah dirasai sebelum kahwin)
ATAU
“mereka berkahwin kerana rancangan keluargakah?”
ATAU PUN
“Adakah mereka berkasih sayang kerana Allah, dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin?”
Wallahua’alam

Jodoh di tangan Allah s.w.t. Kita hanya mampu merancang ingin berkahwin dengan si itu, ingin berkahwin dengan si ini. Apa yang pasti semuanya Allah s.w.t yang tentukan. Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita mengenali wanita/lelaki itu sejak di bangku sekolah tadika sekalipun, atau kita cukup memahami perangai dan sikap wanita/lelaki itu, tetapi kalau bukan jodoh, takkan jadi rumah tangga yang bahagia. Betul bukan?

Kita selalu mendambakan pasangan yang soleh/solehah. Siapa yang tidak mahukan pasangan yang baik. Tapi apabila melihat pada diri sendiri, layakkah kita untuk mendapatkan isteri yang sanggup berkorban harta dan nyawa sesanggup Siti Khadijah atau pun suami acuan Al-Quran dan As-sunnah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:



“…perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-permpuan yang baik (pula)...”
(surah An-Nuur:26)


Jadi, kalau inginkan pasangan yang soleh/solehah perbaikilah diri kita dahulu. Banyakkan mempelajari ilmu-ilmu agama supaya mudah untuk membimbing pasangan kita nanti. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. InsyaAllah, Allah s.w.t akan berikan kita pasangan yang kita impikan. Yakin dengan janji Allah s.w.t. dalam potongan ayat tersebut. Yang baik hanya untuk yang baik(kan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam tu). "Bagaimana acuan, begitulah juga kuihnya".


Tidak aku nafikan diriku ini mendambakan, terlalu mendambakan seseorang yang solehah, namun aku sedar, siapalah diriku ini yang sentiasa bergelumang dengan dosa2. Semoga kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah, Allah pasti memakbulkan doa2 umatnya yang menegakkan agamaNya. 


tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

jika diri tak seindah SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
tak perlu diri mencari steguh IBRAHIM,
jika diri tak sekuat SARAH,
mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
jika diri tak sesempurna RASULULLAH SAW.

Credited to:baguhin786

No comments:

Post a Comment