Tuesday, February 15, 2011

Revolusi Untuk Tegakkan AGAMA ALLAH!!

Salam perjuangan wahai sahabatku semua. Kali ini aku yakin dan percaya bahawa ramai yang dah tahu isu global semasa yang telah berlaku. Yang paling latest mengenai Revolusi yang sedang  berlaku di Mesir. Sebelum tangan ini makin laju menekan papan key board ini. Marilah dahulu kita doakn agar sahabt2 kita di Mesir berada dlam lindungan dan rahmat Allah.

Pertamanya, negara mesir kini berada dalam keadaan yang tidak stabil di mana rakyat saling berkerjasama menentang kerajaan. Namun terdapat pihak yang pro dan anti kerajaan. Hal ini kerana, wujudnya Khawarij yang   berpegang pada prinsip darah kaum Muslimin itu halal ditumpahkan. Selain itu, wujud juga samseng2 upahan regim Hosni Mubarak yang diupah untuk menimbulkan kekacauan dalam kalangan ahli protester dengan cara menyamar. Tentera Mesir dan rakyat mesir saling bekerjasama mengenal pasti identiti para protester agar tidak terdapat samseng2 upahan regim Hosni Mubarak yang menyamar untuk melakukan rusuhan dan mengkhianati perjuangan Rakyat Mesir.



http://news.yahoo.com/s/afp/20110131/wl_africa_afp/egyptpoliticsunrest


APA KAITAN ISRAEL???

Media masa Israel begitu bersungguh - sungguh mempertahankan regim Hosni Mubarak. Ini disebabkan oleh mereka ingin memastikan mereka masih boleh bertapak di bumi Al-Quds(palestin). Untuk memastikan agenda mereka yang sebelum ini iaitu Masjidil Aqsa tidak dirampas kembali oleh mujahid2 Islam di sana. Ini juga kerana mereka khuatir jika Husni Mubarak meletakkan jawatan. Tiada lagi alliance bg mereka dia sini. Hal ini kerana disebabkan musnahnya hubungan diplomatik mereka dengan Turki tahun lalu.

http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/without-egypt-israel-will-be-left-with-no-friends-in-mideast-1.339926


Apabila rakyat Mesir mula sedar bahawa Hosni Mubarak lebih mementingkan hubungan dengan Israel dari menyelamatkan umat Islam di Palestin, rakyat Mesir mula bangkit menentang Mubarak. Semua perkara berkaitan ekonomi, demokrasi selalunya mesti dirujuk Israel. Hal ini telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Rakyat Mesir juga telah menemui maksud sebenar Politik. Bagi mereka politik adalah suatu perkara yang melibatkan penjagaan keseluruhan hak rakyat sejagat.  Rakyat juga sudah lama memerhatikan perkara2 dalaman tidak diselesaikan dengan mengikut jalan yang benar. Semua perkara tidak berpandukan ISLAM dalam menyelesaikan masalah politik dan sebagainya.

Dalam menjayakan sesebuah revolusi, peranan para pelajar telah melengkapkan perjuangan yang di bawa oleh para belia dan Ikhwanul Muslimin. Jadi golongan yang berpelajar telah menyertai perjuangan ini. Dan menjadikan segala benteng ketakutan musnah.

Jadi, semoga revolusi di Mesir akan berjaya, dan para pemimpin Ikhwanul Muslimin akan bangkit dan membuka semula ruang untuk para mujahid menetang ISRAEL.

http://asyrafmuiz.blogspot.com
http://wzwh.blogspot.com/2011/02/kenapa-rakyat-mesir-bangkit-menentang.html



No comments:

Post a Comment