Saturday, January 21, 2012

Perjuangan Mahasiswa!!! Suatu perjuangan bersama rakyat!

Assalamualaikum semua. :). Saya pasti isu yang tengah hangat diperkatakan mengenai isu Adam Adli turunkan bendera lah, isu Safwan Anang kena pukul lah. Aku respect mereka ini! Sebab apa? Mereka berani bangun dan tampil sebagai pemimpin yang mana mewakili solidariti mahasiswa untuk menghapuskan AUKU.

Jom berkenalan dengan AUKU.

AUKU- Akta Universiti dan Kolej Universiti
- Ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir
- Alasan, kerana takut dengan suara mahasiswa.

Sebelum tu, mari kita singkap dahulu, bagaimana AUKU ini ditubuhkan. Saya rasa semua org mesti tahu mengenai peristiwa Baling, peristiwa Teluk Gong, perisitwa Tasek Utara, peristiwa Mamali dan lain2. Semua ini berlaku sekitar tahun 1967 hinggalah 1974. Di mana tahun ini lah zaman perjuangan mahasiswa di mana mahasiswa bangkit bersama rakyat dan membela nasib rakyat.

Gambar di atas jelas menunjukkan kekuatan mahasiswa yang mampu menggugat kedudukan kerajaan ketika perisitiwa Baling. Masih kenal dengan nama mereka ini?

1) Hishamuddin Rais
2) Syed Hamid Ali
3) Anwar Ibrahim
4) Yunus Ali
5) Kamaruzaman Yacob
6) Ibrahim Ali

Beberapa orang daripada mereka ini telah menjadi salah seorang menteri yang mentadbir sekarang tidak kisahlah di barisan pembangkang mahupun kerajaan. Namun, ingin dinyatakan di sini, mereka semua inilah suatu ketika dahulu pernah bersuara, menguasai jalan2 raya di sekitar pejabat2 menteri, pejabat2 kedutaan, demi membela nasib rakyat dikala mereka ditindas. Mereka turun berdemo di jalanan untuk menyatakan pembelaan terhadap rakyat.


LIDAH KAMI LIDAH KERAMAT
(piket siswa di hadapan Pejabat Kerajaan Negeri Selangor)

Marilah turun, hai Pak Menteri,
Kami mau berkata - berkata,
Kerana hari ini lidah kami lidah keramat,
Jika lantang suaranya bukanlah kerana loudhailer,
Tetapi kerana yang disambungnya,
Jerit rakyat yang gempita!

Marilah turun hai pak menteri,
Kita bertemu sebentar di pinggir kantormu,
Kami tidak mengajakmu mengharung lembah derita,

Kami telah ke sana melihat keringat,
Maka inilah untukmu ada bingkisan keramat,
Terimalah rakyat yang telah mengirimkannya,
Beberapa titisan airmata  cuma,

Marilah turun hai Pak Menteri,
Kami telah demikian lama menanti,
Lihatlah betapa kulit kami merah terbakar,
Karena kini telah mulai kami rasakan,
Sinar matahari yang saban hari membakar petani

Rustam A. Sani
Universiti Malaya, Oktober 1967


Namun begitu pemimpin2 perjuangan mahasiswa ramai yg ditangkap dan mereka banyak menerima tekanan dari pemerintah. Kerajaan mengambil langkah untuk menggugatkan perjuangan mahasiswa dengan menimbulkan pelbagai isu termasuklah ugutan - ugutan maklumat yang diputarbelitkan, dan juga memcahkan perpaduan pelajar antara kaum2 yang berlainan. Akhirnya sedikit demi sedikit, penentangan mahasiswa semakin lemah. Dan kerajaan mengambil peluang ini dengan menubuhkan rang Undang2.

Dan Rang Undang - Undang itu adalah  Akta Universiti dan Kolej Universiti. Walaupun ada tentangan dari para mahasiswa yang masih belum mahu mengaku kalah, dan dari parti parti pembangkang, akhirnya ia diluluskan juga di parlimen. Dengan berkuat kuasanya AUKU, maka berakhirlah zaman dimana gerakan mahasiswa sebagai gerakan sosial dan politik.  Sebagai gantinya, kerajaan membenarkan setiap kampus ditubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar di mana satu badan pelajar yang tidak mempunyai kuasa, kebebasan bersuara dan kewibawaan.




Namun hari ini, kita dapat lihat, beberapa orang mahasiswa yang tidak mahu lagi hidup dalam kongkongan, tidak mahu hak kebebasan mereka di sekat lagi, mereka semua bangkit. Bangkit untuk mempertahankan hak mahasiswa2.

"Sejarah baru mula tercipta satu - satunya mahasiswa yang kejutkan kerajaan yang tidur selama ini berhubung kebebasan akademik dan mansuhkan AUKU"





Ramai mahasiswa lain yang tidak sealiran dengan mereka mengecam mereka seolah - olah mereka ini bodoh dan tidak mahu belajar. Namun bagi aku, mereka inilah org yang pandai dalam erti kata lain memahami permainan kotor pemimpin2 kita yang kononnya ingin memansuhkan auku. Tetapi hanya lah bersikap hangat2 tahi ayam. Mereka telah mengumumkan untuk memansuhkan tetapi tidak memansuhkan. Dan ini hanyalah mainan politik untuk meraih undi. Adakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan? Yang menutup segala pemikiran anak2 muda untuk terus berfikir dan menyuarakan pendapat? 


"Nak berpolitik pun tak boleh, nak berdemo pun tak boleh,. Dekat Malaysia ni, anak - anak muda cuma dibenarkan berhibur sampai mati!!!" -BENZ ALI-

Akta kata,
Kau tak boleh baca
Kau tak boleh tulis
Kau tak boleh lukis
Kau tak boleh dengar
Kau tak boleh lihat
Kau tak boleh fikir
Kau tak ada fikrah
Kau tak ada harakah
Kau tak ada siasah
Kau tak ada jamaah
Kau tak boleh kumpul
kumpulan
Kau tak boleh gerak
gerakan
Kau tak boleh marah
Kau tak boleh ketawa
Kau tak boleh berborak
Kau tak boleh berfacebook
Kata akta.

Benz Ali @UPSI


2012 bermula,
Ura-ura kata ini tahun pilihanraya,
Bajet berkebajikan dicanang merata,
RM100 budak sek0lah dapat semua,
RM500 bantuan rakyat 1 Malaysia.

2012 bermula,
UPSI bergegar dengan suara anak muda,
Ada yang dtahan ada yang cedera,
Buletin Utama pula buat berita,
K0nonnya mereka cederakan diri sendiri pula.

2012 bermula,
Suara anak muda menggegar Malaysia,
BN dan UMNO d0k fikirkan cara,
Macam mana nak kembali dua pertiga,
Selangor mesti diambil semula.

Hari ini aku mulai sedar bahawa betapa pentingnya suara mahasiswa dalam merubah masa depan negara. Aku masih muda dan baru mula kenal dunia politik. Namun apa yang aku nampak politik kita hari ini sangatlah kotor. Sehinggakan banyak penindasan yang berlaku. Setiap daripada kita masih leka dan tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. 

Bangunlah wahai anak muda! Kita ubah negara kita!


Coretan:
Azwan Aziz
Revolusioner Muda

No comments:

Post a Comment