Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 : Jiwaku bersama Pejuang Keadilan, SOLIDARITI WITH THEM ~

Assalamualaikum semua warga pembaca yang aku sayangi. Sudah lama tidak berblogging. Tapi hari ini ingin aku bawakan kisah yang benar. Permintaan aku hanya satu. Bacalah dengan hati yang terbuka supaya anda semua dapat melihat kebenaran.

Pada tanggal 28/4/2012, sejarah telah tercipta di mana rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan negara telah bersatu di bawah satu keadilan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Antara tuntutan Bersih 3.0 ialah :

1) Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2) Reformasikan undi pos
3) Gunakan dakwat yang kekal
4) Akses media yang bebas dan adil
5) Tempoh berkempen minima 21 hari
6) Kukuhkan institusi awam
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor

Tema Bersih 3.0 pada kali ini adalah DUDUK dan BANTAH di DATARAN MERDEKA. Namun Bersih kali ini jelas seperti Bersih 2.0 di mana matlamat untuk duduk bantah di tempat yang sepatutnya tidak berjaya. Ini adalah jelas kerana di halang oleh government dan jentera polis dan FRU. Jika anda seorang rakyat yang masih waras dan berjiwa berpaksikan keadilan, cuba anda berikan satu alasan yang sekukuh - kukuhnya di mana yang akan terjadi rusuhan jika mereka semua dibenarkan berkumpul di Dataran Merdeka. Sedangkan sudah terang lagi nyata, hanya bersih di Kuala Lumpur SAHAJA yang ada WATER CANNON dan TEAR GAS. Nah bukti!

Aku pohon dengan pemerhatian dan penilaian yang penuh dengan keadilan, nilailah video di atas. Anda dapat lihat di tempat lain berjaya dengan aman dan tiada rusuhan yang berlaku. Sebab apa????
Tiada langsung kehadiran SB (Special Branch) yang menyamar melakukan provokasi terhadap polis sendiri. Kenapa perlu adanya SB dlm rally perhimpunan Bersih 3.0? Mereka hanya bermatlamatkan untuk provoke demonstran. Dan akhirnya media yang berpihak kepada kerajaan membawa cerita yang bukan bukan dan melemparkan fitnah.

Wahai kerajaan yang menzalimi rakyat, sudah2lah menzalimi kami semua. Ingatlah majoriti rakyat tidak lagi berpihak kepada kamu. Ini adalah kenyataan pahit buat anda semua.

Utusan Malaysia ckp hanya 3000 orang yang hadir?????

Ini bukti nya!




Anda nilai lah sendiri. Majoriti rakyat kini berpihak kepada pemimpin yang perjuangkan keadilan untuk rakyat. Selautan manusia dari rally Masjid Negara. Belum lagi bergabung di Petaling Street, Masjid Jamek, Masjid India dll.

Bersih tetap akan di jalankan selagi keadilan belum terlaksana kerana negara adalah hak rakyat. :)










No comments:

Post a Comment