Friday, February 10, 2012

Untuk Sahabatku Di Bumi Tanta, Mesir~~~

Dear readers, assalamualaikum semua.

Sudah satu semester suku aku tempuh di bumi Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology. Dan kini aku berada di semester ke dua. Namun, seringkali orang yang sentiasa berada di sekeliling kita ialah lecturer dan sahabat dan kawan - kawan. Entri kali ini ingin aku fokuskan mengenai sahabat. 

Apa itu sahabat???

Sahabat, merekalah insan yang paling rapat dengan kita dalam kalangan kawan - kawan kita. Merekalah tempat untuk kita luahkan perasaan, berkongsi suka dan duka. 

"Sahabat yang terbaik ialah apabila melihat wajahnya, kita akan teringatkan Allah, mendengarkan kata - katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak - gerinya pasti teringat mati"



Kali ini ingin ku bawakan kisah yang terjadi terhadap aku sendiri. Sahabat/bestie/kawan rapat. Seorang insan yang aku kenali ketika tingkatan 4. Banyak liku - liku yang dilalui ketika di awal perkenalan kami. Konflik perasaan, konflik per"kauman" dalam batch. Dan banyak lagilah jika nk diceritakan. 

Namun, aku hanya sempat duduk sebumbung dengannya di sekolah hanya setahun sahaja. Naik sahaja form 5, dia sudah berpindah ke sekolah lama nya semula.Walaupun tidak bersekolah sekali, namun dia sentiasa membantuku sehinggalah exam SPM dan lpas SPM byk berbincang about future study. Namun, segala kenangan takkan dilupakan. Itulah yang mampu disingkapkan kembali dan mampu membuat diri ini tersenyum dan tersengih seorang diri.

"Kebiasaannya, sahabat selalunya akan cepat terasa dengan apa yang kita lontarkan, jadi sentiasa jaga pertuturan dalam berbicara dengannya.." - Koqin Karemo(Blogger)
Ya, aku mulai sedar mengenai perkara ini, bilamana aku telah keterlaluan dengannya apabila berbicara dengannya. Aku terlalu kasar, aku terlalu pentingkan diri dalam berhujah, aku terlalu ego, aku terlalu ingin menang dalam bicara, aku tidak pedulikan perasaan SEORANG SAHABAT. 

Akhirnya aku telah mengguris perasaannya. Setelah aku sedari kesilapan. Aku berasa bersalah sgt. Seolah - olah aku ingin berpatah balik walaupun seminit dua untuk menghalang perkara ini terjadi. Aku berasa menyesal sangat. 

Alhamdulillah aku sempat balik ke rumah untuk sambut maulidur rasul. Jika berkesempatan ingin bersua dengannya sebelum balik. Namun tidak kesampaian. Dia hanya pulang ke rumah dan terpaksa tangguh exam disebabkan kesakitan yang dialaminya. Walaupun tidak kesampaian, aku hanya mampu membuat panggilan sebelum bertolak ke unikl. 

Alhamdulillah, pada keesokan harinya, seolah - olah Allah memakbulkan permintaan untuk bersua. Dan kami akhirnya bersua di MCD Klia. Walaupun aku mampu bersembang seperti biasa, namun jauh di sudut hatiku, rasa bersalah itu teramat sangat dirasai. Sukar aku gambarkan. Aku seolah - olah telah menghancurkan persahbatan kami yang akrab. Beberapa saat, kadang2 aku tak mampu untuk bersuara. Bercakap dengannya. Kesalahan itu masih menghantui diriku. 

Namun aku kuatkan diri untuk bertanyakan soalan dengannya. Mengenai kesihatannya, next things to do bila smpai tanta nnt. 

Apapun, apabila hati terluka, bukan mudah, dan bukan cpat untuk kembali neutral. Namun ia tetap tinggalkan kesan selamanya. Apapun, aku hanya mampu berdoa supaya ukhuwwah yang terjalin ini akan ceria semula seperti sedia kala. 

Dear sahabatku, salsabila hani binti sayuti, semoga anda sihat di bumi Tanta, Mesir.  Aku tahu, sukar untuk melupakan segala kekasaran yang berlaku. Semoga persahabatan kita akan kembali ceria semula. Semoga cepat sembuh. InsyaAllah.

Dear readers INGATLAH...Selagi sahabat kita masih ada, hargailah mereka. Jika ingin tegur mereka, biarlah secara berhikmah dan bukanlah sindiran mahupun sarcasm. 

Semoga suatu hari nanti, Aircraft yang bakal sahabatku(Salsabila Hani) terbang bersama nanti adalah di bawah penyeliaan aku (Licensed Engineer Aircraft Maintenance).:). InsyaAllah. 

"Ketika mula bertemu,terasa bagai sudah lama bersua,
Bertegur sapa penuh mesra, 
Dan kini, masa terus berlalu,
Dan kita tetap seiringan berjalan,
Biarlah apapun kelemahanmu, biarlah apapun rahsiamu,
Tetap engkau sahabatku,
Adakalanya kita saling terluka, namun kita tetap bersama,
Walau dipisah dua benua, saling mengejar cita,
Tak pernah ku lupakan, kenangan bersama,
Sepanjang perkenalan kita sahabat."

Azwan Aziz
10/2/2012






3 comments:

  1. insyaALLAH :)
    doakan yang terbaik ! semoga cita2 kamu dapat dicapai :)

    ReplyDelete
  2. hye.:)..firstly..thx for coming to my blog..u've such a nice entry at ur blog...all.!..good..keep it up bakal pemimpin keluarga dan imam..
    betul tu..bukan mudah nk jga hti orang..lg2 sahabt..mkin kita rpt..mkin mudah trsntuh htinya..
    btw,studnet miat..kos apa ya?..

    ReplyDelete
  3. tq khalifah. sy kos BAET-Mechanical. thx nasihat anda.

    ReplyDelete